Tuesday, May 29, 2012

Quote of the day

if you cannot change your habits,
change your habitat.


p/s: tiba-tiba terpikir phrase ni time tgh mandi td. haha :D

Monday, May 7, 2012

Selingan

Arab,
kita kenal keserabutannya
kita kenal ragamnya
kita kenal kenakalannya
kita kenal kegilaannya
dan betapa berkiranya mereka.

namun..

ramai juga arab yang,
sangat ikhlas dalam kerjanya
sangat ramah dalam sapaannya
sangat singkat dalam dendamnya
dan betapa penuh ilmu di dadanya




p/s: andai sy tak bertemu dgn bangsa bergelar Arab, tak mungkin sy sematang ini. mungkin sekali dah ternoda dgn keseronokan di tanah sendiri. 

p/p/s: doakan sy! final exam! 15 May - 27 July!

Tuesday, May 1, 2012

durr Mayu, tahun 4

tahun 4 sudah berlabuh tirainya
namun tugas masih belum selesai
kerana hidup masih belum di akhirnya
menyempurna iman yang takkan bisa langsai.

laman sosial masih lagi hangat
di sana sini bermadah berhujah
diri semakin hilang keringat
tertanya-tanya bilakah sudah.

Saturday, April 14, 2012

Quote of the day

cell cycle. myyyyyyyyy favourite.
how to live happy?

 do your best, even if the only road is filled with thorns,
be grateful with what you have, even if the only thing that u have is a penny.
let Allah settles the rest, cuz He's the best place to return to.

p/s: tingin nak join matruh tapiiiii..ade STAR. takpe lah. Mansoura pn best :D

p/p/s: on 2nd thought, cuak nak exam. takpelah tak join :P

Friday, April 13, 2012

Main takraw untuk pertama kali dalam hidup


bberapa hari yg lps sy mula berjinak-jinak dgn sukan baru.
takraw.

so far so good la. Alhamdulillah. sy takde la kaki bangku sgt rupanya. haha ( tp still tak minat bola sepak )
tp bengkak jgak la buku lali ni sbb tak pnah guna main bola, bola tu keras pn keras.
ni pn masih sakit. tak kisah la psl tu :P
syukur jela Allah masih pinjamkan kaki untuk merasa sakit.

tgh dok syok main tu, abis kasut. comot. bukan sbb debu, tp sbb tanah kt situ basah. taktau la ape pekerja stadium tu buat. siram rumput kot ( btw kt sini takde gelanggang takraw, so kami main atas rumput je la ). sy tak kisah pn kasut jd kotor. dah mmg rezeki sy nak pkai kasut bersih smpai smlm je. plus, mak sy salu pesan
"redha jela kalo barang hilang ke rosak ke, dah Allah bagi rezeki abang smpai kt situ je. nak buat mcm mana"
on 2nd thought, if basuh kasut ni nti jd putih la balik insyaAllah ( kalau rajin nak basuh laa~ ). then, tiba-tiba tpikir psl bnda lain. kalau kasut yg asalnya putih bila kotor, kalau dibasuh msti la putih balik kn?

so, mcm tu la jgak hati kn? asalnya putih. bila dikotorkn dgn dosa-dosa, kemudian dicuci dgn taubat msti putih balik kn? insyaAllah.

nape tiba-tiba masuk sini eh? sbbnya, spanjang beberapa tahun sy dok sini, byk la dgr kisah psl student-student kt sini nak berubah. dari yg kurang molek kepada yg lebih molek.

malangnya, ade la kwn-kwn sebaya @ yg lebih kurang sebaya lebih memandang kepada "kekotoran" yg lalu. it's quite a challenge la for that person untuk berubah. pnt-pnt dia cuci hati, org tetap pandang serong & dipulaukan pulak tu. padahal "kekotoran" tsebut dah dicuci dgn clorox. but still, org nmpk kotor.

hati kita ni fitrahnya putih, kotor mcmna sekali pn, kalau Allah bg hidayah, akan digilapnya jd putih bersih ( mcm kasut sy ni lah, kalau dibasuh, bersih semula ). jgn la sng-sng pandang serong kt org yg sungguh-sungguh nak berubah. mcm la kita ni dah confirm penghuni Jannah to judge people like that ( marah ni... ). silap-silap kita plak yg turn table. Nauzibillah.

so kesimpulannya, kalau ade kwn-kwn korg yg dulu mcm tak tntu hala tiba-tiba nak berubah, support la dorang. sama-sama la cuci hati. bukan sng nak cuci hati especially dunia akhir zaman ni.

secara puitisnya ( ngade la nii...hahaha )
selamatkanlah benih elok yang berdebu di sebalik benih-benih yang membusuk

okay, tu je kot.
till next time :)

p/s: nak masuk summer ni ramai yg sy dah reject. bukan sbb ramai yg ngorat. tapi sbb kaki tak bertutup. aurat kot. aish, susahnya nak cari calon..... :P hehehe