Sunday, May 1, 2011

Khas Untuk Batch.


Assalamualaikum.

sy sebenarnya dah lama berniat nak tulis pasal ni, cuma tak jugak rajin-rajin nak mengarang. sy rasa better pakai blog sendiri untuk tulis ni dari guna blog batch (alang-alang dah ade blog sendiri kan).

sebenarnya post kali ni ialah untuk menghargai korang semua yg dah melengkapkan bait-bait dlm diri ni, seterusnya mematangkan lagi sy. terima kasih byk-byk kepada semua yg telah berinteraksi dgn sy selama sy menjadi wakil kuliah, baik secara langsung mahupun tak langsung (via shoutmix dan sebagainya). biarpun ape yg anda comment tu kadang-kadang nampak mcm kasar, tapi sy tak pernah marah. sy terima semuanya. terima kasih kerana berterus terang. cumanya sy mintak maaf tak dpt penuhi permintaan sebahagian dari korang tu, bukan sbb sy tak mahu, tapi sy sendiri kadang-kadang terlepas pandang.

seterusnya, sy nak meminta maaf atas kelemahan sy dlm menjaga hal ehwal korang. sy perasan, sy tak dapat menggerakkan AJK subjek sepertimana ketua batch yg lepas yg sy rasa lebih mantap la dari sy ni. diharap korang takde memendam rasa kat cik Vice, bendahari & AJK-AJK. maafkan sy kerana kurang tegas, kurang disiplin dlm menjalankn tugas; sehingga ade yg terbabas dari medan perjuangan ni, sampai ade yg tak bukak buku sbb kelemahan sy ni. maafkn sy jika korang rasa sy dah menzalimi korang. maafkan sy.

juga, sy nak minta maaf if waktu sy buat pengumuman @ post kt blog batch, ade yg tak dengar @ ade maklumat yg tertinggal @ ade yg terpesong dari maklumat asal. maafkn sy kalau maklumat yg sy cuba dapatkn masih tak memuaskan korang. maafkn sy. mungkin cobaan sy bukan cobaan yg terbaik untuk korang.

akhir kata, terlalu byk lah kelemahan sy sepanjang 2 sesi kuliah ni. anda lebih tau. bermakna sy pun masih belum cukup matang untuk handle sesuatu yg lebih besar dari ni (termasuklah berumah tangga). jadi sy mintak maaf skali lagi. moga anda maafkn sy & doakn kita suma akan berjaya insyaAllah. terima kasih kerna telah menjadi batch yg tersempoi.

sekian,
moga bertemu lagi di tahun depan :)

p/s: pilihlah ketua batch yg lebih berwibawa thn depan :)