Thursday, August 18, 2011

Salam Ramadhan (dah terlewat rasanya~)

Alhamdulillah dpt lg berblogging. 1st of all sy bukan taknak tulis entry baru, tapi byk benda yg dah jadi yg menyebabkan ke-delay-an post baru (sorry cikgu BI).

antara benda yg dah berlaku beberapa bulan lps termasuk; 3rd year final exam. dah lepas dah & alhamdulillah dimurahkan rezeki dpt gred Jayyid (kalau ikut percentage, dlm range 65-74%). syukur sgt. tahun 3 ni menarik tp tough. ape yg sy dpt ni bukan sbb sy rajin ke pandai ke ape. sbb Allah yg dah me-redha-kn benda ni, so jdlah dia. selesai tahun 3 menandakan tamatlah pre-clinical years untuk saya & member-member seangkatan. moga Allah permudahkan urusan saki-baki kwn sy yg menghadapi masalah dlm exam.

the thing yg membuatkan sy ter-delay (maafkan sy sekali lagi cikgu BI) memblog; pindah rumah. kami berpindah rumah sekali lg (dah mcm aktiviti tahunan je pindah rumah ni). walaupun dekat tp ttap penat. doakn la kami tak perlu pindah lg (sbb bilik pun sy dah cat. sayang). so skarang ni busy sikit la nak memper-complete-kan rumah ni. maaf semua~

ni je kot untuk kali ni.
till next time:)

Sunday, May 1, 2011

Khas Untuk Batch.


Assalamualaikum.

sy sebenarnya dah lama berniat nak tulis pasal ni, cuma tak jugak rajin-rajin nak mengarang. sy rasa better pakai blog sendiri untuk tulis ni dari guna blog batch (alang-alang dah ade blog sendiri kan).

sebenarnya post kali ni ialah untuk menghargai korang semua yg dah melengkapkan bait-bait dlm diri ni, seterusnya mematangkan lagi sy. terima kasih byk-byk kepada semua yg telah berinteraksi dgn sy selama sy menjadi wakil kuliah, baik secara langsung mahupun tak langsung (via shoutmix dan sebagainya). biarpun ape yg anda comment tu kadang-kadang nampak mcm kasar, tapi sy tak pernah marah. sy terima semuanya. terima kasih kerana berterus terang. cumanya sy mintak maaf tak dpt penuhi permintaan sebahagian dari korang tu, bukan sbb sy tak mahu, tapi sy sendiri kadang-kadang terlepas pandang.

seterusnya, sy nak meminta maaf atas kelemahan sy dlm menjaga hal ehwal korang. sy perasan, sy tak dapat menggerakkan AJK subjek sepertimana ketua batch yg lepas yg sy rasa lebih mantap la dari sy ni. diharap korang takde memendam rasa kat cik Vice, bendahari & AJK-AJK. maafkan sy kerana kurang tegas, kurang disiplin dlm menjalankn tugas; sehingga ade yg terbabas dari medan perjuangan ni, sampai ade yg tak bukak buku sbb kelemahan sy ni. maafkn sy jika korang rasa sy dah menzalimi korang. maafkan sy.

juga, sy nak minta maaf if waktu sy buat pengumuman @ post kt blog batch, ade yg tak dengar @ ade maklumat yg tertinggal @ ade yg terpesong dari maklumat asal. maafkn sy kalau maklumat yg sy cuba dapatkn masih tak memuaskan korang. maafkn sy. mungkin cobaan sy bukan cobaan yg terbaik untuk korang.

akhir kata, terlalu byk lah kelemahan sy sepanjang 2 sesi kuliah ni. anda lebih tau. bermakna sy pun masih belum cukup matang untuk handle sesuatu yg lebih besar dari ni (termasuklah berumah tangga). jadi sy mintak maaf skali lagi. moga anda maafkn sy & doakn kita suma akan berjaya insyaAllah. terima kasih kerna telah menjadi batch yg tersempoi.

sekian,
moga bertemu lagi di tahun depan :)

p/s: pilihlah ketua batch yg lebih berwibawa thn depan :)

Tuesday, April 19, 2011

comma.

schedule dah dapat. group pun dah tau. cuma menanti masa je untuk amik exam. masing-masing sibuk mmpersiapkan diri termasuklah sy (tapi sy ni banyak rilex lagi).

then, kalo bukak fb pulak penuh dgn post-post pasal kahwin-kahwin, cinta-cinta, tak kira la ceramah ke text ke ape ke, mesti tak lari jauh dari tu. rasanya dah mcm wabak dah tiap kali exam je jadi mcm ni. dlm hati pn bergelora je, sibuk nak cari pasangan. alhamdulillah tahun ni sy tak mcm tu (kantoi tahun-tahun lepas mcm tu).

tu la, ingat nak berhenti berbloglah untuk sementara waktu. sbb otak manusia bukan boleh focus more than 1 job with the same power of concentration (ditulis setelah membelek-rujuk nota psychology tahun lepas). sbb tu lah dlm solat takleh pikir perkara lain, sama la reason dia. kalau pikir benda luar solat, mcmana nak khusyuk dlm solat? mcmana nak ingat kt Allah?. mesej di sini. FOCUS.


doakan kami.
sekian,
till next time (lepas exam) :)

Sunday, April 17, 2011

Summer.

the summer have just arrived (rasanya..), sudden change of the airflow mmg mengejutkanlah, sbb temperature tak naik gradually mcm tahun-tahun sebelum ni. insyaAllah lama-lama nanti ok la. Malaysia pun panas jugak. tak sabar rasanya nak tunggu buah kegemaran musim panas.

as written in Quran:
Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan ia tersimpan di bumi dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya. Kemudian, Kami tumbuhkan untuk kamu dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (berbagai jenis lagi) buah-buahan yang banyak dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.
(al-Mu'minuun: 18-19)

so musim panas pn musim yg menarik. ramai yg makin aktif, tak kurang juga yg mengeluh. pape pun sy suka je sebab dah tak perlu berpantang benda sejuk. alhamdulillah. tapi ade benda yg bermain di fikiran & sy nak share di sini.

food for thought,
kalau panas dunia ade ice cream, kalau panas akhirat?


pendek je,
sekian untuk kali ni,
till next time :)

Friday, April 15, 2011

Good.

semalam result untuk permohonan pinjaman JPA pun dah keluar. sy lah antara org yg berpusu-pusu menyelongkar laman web JPA tu (mcm nak masuk dewan je).

mcm tahun-tahun yg lepas,
masih gagal.

tahniah lah bagi yg dah dapat. alhamdulillah. sy tumpang gembira (nanti belanja makan ye..hehe). at same time sy tak sedih pun, rilex sudeyh. bukan rezeki sy waktu ni. tiap org Allah dah tetapkan rezekinya sejak dlm alam rahim lagi. so sbb tu tak perlu susah-susah hati kn? even kalau amik sepinggan nasik pun, kalau tak trtulis nama kt salah sebutir nasik tu, maka mmg kita takkan mkn la nasik yg sebutir tu; jatuh ke dihurung semut ke. tp ini tak bermakna rezeki akan datang bergolek je. usaha tetap perlu usaha. sebab

.....Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (ar-Ra'd: 11)

still a lot of things to be accomplished. jihad as a student mesti diteruskan. moga korang yg senasib dgn sy tak putus asa. be strong guys :)

till then :D

Wednesday, April 13, 2011

Miracle worker.


sy mmg tak jangka sakit sy blarutan smpai harini, mudahan-mudahan dosa yg ber-bundle-bundle tu dpt dikurangkan insyaAllah.

2 hari lepas beli ubat lg, guna perscription sendiri (dah belajar pharma kn, experiment la sikit), mcm minggu lepas. time tu mmg batuk teruk sgt lah, nak cakap pn susah. nak belajar, lagi susah

on the way balik tu, sy tengok kuat-kuat ubat tu (ade ke tengok kuat-kuat?), dlm hati bermonolog sendirian,

"dah ade antibiotic ni. moga Allah sembuhkan. amiin"

teringat waktu kecik-kecik dulu. bila mkn ubat je confident baik cepat, yakin sangat dgn ubat & doctor kat klinik. kawan-kawan pn 1 kepala jugak, pantang sua ubat, mulalah promote mcm nak direct selling pn ade, 

"ko makanlah ubat ni, mesti boleh kasi baik punya sakit ko. harini makan, biaselah ngantuk-ngantuk sikit. tapi esok mesti boleh jalan punya. wa talak tipu". 

padahal drugs tak mampu buat pape & doctor-doctor pun bukan miracle workers, bukan ahli magic. semuanya dari Allah. even the best doctor pn terpinga-pinga nak bagi ubat batuk & ubat selsema kalau Allah tak berkata 
"Jadilah!"

ape yg silap kt diri sy dulu is how I put my faith. once nampak sesuatu yg berkesan & dapat memudahkn hidup, mmg terus percaya kt alat-alat tu; dapur, kipas, handphone, pisau, pensel picit & mcm-mcm lg. kalau sebut alhamdulillah pun, sbb dah jd kebiasaan mulut je, telinga antara dengar tak dengar je. nasib baik tersedar, kalau tak sampai bila pn taktau lah.

sy rsa masalah ni bukan ade kt situ je, tapi dlm byk hal especially when it comes to deal with life & death. as we all know, life is precious, sbb tu lah ramai org meletakkan harapan melangit kt doctor & khidmatnya. tapi once doctor yg dijulang-julang tu gagal, mulalah frust tak tentu pasal, marah-marah etc. sbbnya salah patient tu sendiri jugak yg meletakkan faith kt doctor tu @ boleh jd jugak salah doctor yg trlalu memberikan harapan. sepatutnya whatever we do, our faith is to Allah. so barulah what happens next, kita boleh redha @ bersyukur.

sy sendiri pn taktau pasal sakit sy walaupun badan sy sendiri, so tak mustahil bagi sorang doctor yg men-diagnose akan melakukan kesilapan. memang betul pengalaman sy masih cetek & masih mentah, & memang betul experience is the best teacher, but doctor is still a normal human being, making mistakes is normal. kelebihan mereka dari orang lain is just ilmu mengenai tubuh manusia & drugs.

peranan doctor cuma salah 1 ikhtiar kita untuk menjaga kesihatan kita, mcm ikhtiar kita bila mkn ubat-ubat traditional macam madu, halia, pucuk jambu & sebagainya. yg lain kita serahkan pada Allah.

take care of our faith in whatever we do, bukan setakat ubat & doctor je; makan, minum, tidur, study, exam, kerja, exercise, mandi, berjalan, berlari. it's hard, but it's not impossible. kalau untuk cinta kita sanggup melakukan pape kn? kita cinta Allah kn? buktikan. so, jangan bergantung kepada makhluk sbb semuanya dari Allah.

ok guys,
till next time :)

Monday, April 11, 2011

muda lagi. ke?

tahun ni umur sy & yg sewaktu dgn sy bakal mencecah 22 thn insyaAllah kalau umur panjang. tp 22 thn tu masih usia yg muda ke? masih remaja ke?

أعمار أمتي ما بين الستين إلى السبعين، وأقلهم من يجوز ذلك
Umur umatku diantara 60 ke 70 tahun, dan tidak ramai yang melebihi daripada itu.
(riwayat Tirmizi)
meaning kat sini kalau umur sy dipanjangkan sehingga 70 thn (amik calculator..mls nak kira), sy dah menggunakan  31% dari jangka hayat sy. banyak ke 69% tu? 31% tu pelaburan 'ada untung' ke?

sepertiga umur pn rasa singkat je kan. lagi singkat kalau lg byk enjoy. betul kn? tu baru sekali, kalau 2-3 kali singkat? dah kat batu 2 dah.

Beringat.


tu je untuk kali ni. simple sgt (sorry guys...).

sekian,
till then :)

Sunday, April 10, 2011

the new narcotic.

FYI senang sgt nak dapatkan drug ni. bukan setakat over the counter, pengedar pulak cukup ramai, tak terbilang dgn jari. yg paling hebat skali tak perlu dimakan, cuma perlu dilihat shj.

itulah dia Korean tv series.

rata-rata Korean tv series telah mendominasi student-student Malaysia. tu yg sampai nak greet pun dah jadi sarang-hai (taktau la assalamualaikum dah ke mana...). ceritera dia mmg bagus (i think..) tapi alhamdulillah la sy tak ter-addict dgn cerita-cerita Korea ni, kalau syok pn mmg tengok sekejap je supaya tak lekat.

nape ye ceritera dorang ni boleh buat budak-budak addicted? antara sebabnya (bukan rekaan sendiri ni, sbb sy tak tgk Korea, penat selongkar internet):
  • memaparkan kisah hidup seseorang, yg sememangnya tak dialami oleh audience (contoh: si miskin, orang gaji, etc.).
  • each episode akan ade cliffhanger, meaning kalau nak tau mmg kena tgk episode depan la.
  • storyline yg mmpu mmbuat audience menyelami plot (yg selalunya berkisar tntang kehidupan) & beremosi brsama character yg menjadi tumpuan (feeling empathy).
  • conflict yg dtg tiba-tiba, so main character mengalami kejatuhan mendadak. membuatkan audience ternanti-nanti kenaikannya semula.
jadi, tulah antara reasons yg menyebabkan drama Korea sering di-download-download (betul tak?).
nak tau korang addicted to Korean drama @ tak, jawab soalan di bawah:

ha, mcm mana? addict ke tak? (tepuk dada, tanya hati). pape pn nak cakap kt sini, sy bukan nak salahkan peminat, sebab hiburan tu tak salah bila tak keterlaluan. cuma yg salahnya bila student-student ni dah menyalahletakkan (ambik sebijik bahasa pasar tani) priority menonton drama ni lebih dari tanggungjawab mereka.

sebagai contoh, sampel sy dari Nepal. study cukup mantap dah, mmg orang cakap mumtaz dalam tangan lah insyaAllah. then abis study je tgk Korea sampai lewat pagi. yela, byk cliffhanger kan, mana boleh tengok 1 episod je. penyudahnya Subuh ke mana? haaa..taktaulah lepas Subuh dinosaur ade subuh ape lagi.

contoh ke 2, sampel sy dari Congo. yg ni ok sikit. study ok. solat on time. tapi masalahnya, cerita Korea ni 1 jam cukup. mestilah kadang-kadang tu time tengah syok tangkap leleh, berkumandang azan. ok pause dulu, nak gi solat. cuba fikir, agak-agak dlm solat tu boleh khusyuk tak? ke terbayang-bayang ape nak jadi seterusnya? sedangkan waktu biasa pun susah nak khusyuk, ni kan pulak baru lepas layan Korea. haaa...nampak kan.

byk lagi lah sampel-sampel sy, cumanya sy tunjuk sikit kt sini supaya kita boleh nampak clear lagi mengenai hal ni. ni lah yg sy cakapkan tadi; priority yg disalahletakkan (bahasa pasar tani lagi). masalahnya bukan tanggungjawab belajar yg diabaikan, tapi tanggungjawab kepada Allah. 

al maklumlah, study ni boleh nampak ganjaran & matlamat dia depan mata; Maqbul, Mumtaz, A+, 3.50, etc. tapi adakah priority kita lebih besar nilainya berbanding priority kita kepada Allah? yg ni tepuk dada sampai senak, tanya iman yg senipis kulit bawang tu (ingat lagi kulit bawang yg disiat before kita tengok bawah microscope waktu sekolah menengah dulu?).

jangan disebabkan drama Korea, Allah murka kat kita sebab meremehkan perintahNya. pandai-pandailah. berhibur tu berhibur jugak, tapi jangan lupa tugas kita sebagai sorang hamba
dunia ni bukan tempat untuk berhibur, tapi tempat untuk melabur. 
Sudahkah Anda Melabur di Skim Akhirat Anda?

ok, 
till next time :)

p/s: lokasi asal sampel terpaksa disembunyikan, cukuplah kalau tau kisahnya kan? :)

Thursday, April 7, 2011

sakit.

harini kedemaman sikit. alhamdulillah.
lama tak kena demam. mkin lama sihat makin gah pulak nnti kan.

minggu lepas dah kena selesema. confident je antibody kuat. nah kau, kena demam sebijik. tersadai 1 malam. ape pn tak jalan. tu yg sy pn secara reflex-nya tulis kt skype;

He took back what He had lent. 

yg peliknya study tak boleh, blogging boleh pulak.

pape pn alang-alang dah sakit, sy nak share la sikit psl sakit ni. sape rasa sakit ni 1 nikmat? angkat tangan. ok, dah dah jgn angkat lama-lama nanti ade yg muntah nnti (ade ke yg angkat?..haha). ramai org merungut bila sakit ni. kalau "adoi!" tu bukan merungut, tu latah namaya. takan la dah tpijak paku boleh buat muka stabil je kan. maksud sy cmni contohnya; "nape la aku sakit, dah lah esok nak exam". biasa la tu, sy pn dulu kuat merungut jugak. tapi bg sy sekarang, sakit tu nikmat. ok, yg angkat tgn ni nape angkat tgn? ke ikut-ikut je member sebelah (bajet mcm ade org bca belog ni ramai-ramai pulak)

jom ikut chronology sakit. sakit followed by reflex withdrawal of the pained part. simple je. kemudian barulah kita meng-"aduh". so ape nikmatnya di situ? 
  1. bila dah sakit, kita mesti taknak ulang lagi buat kesilapan yg sama kan. 
  2. bila dah sakit, barulah kita tau kita ni makhluk yg lemah. tak kebal.
  3. bila dah sakit, Allah dpt memahamkan kita dgn gambaran amaran-amaranNya, azab-azabNya.
  4. bila dah sakit, rapat kita dgn Allah. berdoa tak sudah.
tulah antara nikmatnya. yg lain pikir sendiri, korang lg pandai, sy tau. cuba bygkan patient CIPA (congenital insensitivity to pain with anhidrosis). dorang tak mampu sakit, meaning takleh rasa sakit langsung pun. keadaan mcm ni super rare tapi saje nak citer supaya senang nak mendalami 'sakit'.

dorang takleh kena panas sangat, sbb dorang tak rasa panas, so tak berpeluh. waktu makan kena ade org tengokkan supaya tak terpotong lidah bila mngunyah. nak tidur pun takleh tergaru-garu. nak ke mana-mana pn kena ade yg jagakan takut-takut terlanggar pape ke, luka ke, lebam ke. even bone fracture pn dorang takkan rasa ape pn. perasaan nak terkucil, nak terbuang pn takde. pendek kata dorang senang sangat la mencederakan diri sendiri kesian kan. tapi tulah realitinya.

so lepas ni, jgnlah merungut kalau sakit. sakit itu indah menarik (tak sesuai ayat ni kan). setiap kejadian Allah tu ade hikmahnya. kita cuma perlu berfikir.

segala cacat lemah makhluk tu tak lain cuma ntuk membuktikan yg Allah tu sempurna & kita perlukanNya.

sekian,
till then :)
ade kuliah pukul 11.00am ni (GMT +2). demam-demam pn kena kuat (dah lambat).

Wednesday, April 6, 2011

terkejut hamba.

baru-baru ni sy bukak facebook (mcm la ade sehari tak bukak fb). then tgk ler update member-member semua (insan prihatin la kononnya). scroll atas bwh atas bwh. and then kmudian (ape nih?) ekor mata sy tertangkap pada one particular post ni. a video. rasanya rmai yg dah tgk.

Miss Bapuk Malaysia 2010

mmg mcm nak muntah darah la time tgh tgk video tu,tp sy tahankn jugak sbb nak tgk smpai penghabisan. video ni mcm summarization ntuk occasion yg dah di-organize-kn 1 masa dulu lah.

memang lpas tu rasa nak terbakor kot. skotor-kotor hati sy ni pn, masih ade sensitivity kt umat Islam. and sy mmg takleh trima dgn ape yg telah di-video-kan tu. ape kejadahnya semua ni. sy pn tak phm mcmana pihak yg sepatutnya membanteras perkara-perkara di luar norma alam ni boleh membiarkan occasion seperti ini boleh berlaku.

kalo tempat tu kt cheap hotel ke motel ke, nampak lah yg benda ni mcm illegal @ ade tekanan dr pihak berkuasa yg tak mahu rakyat yg 'didahulukan' itu akan trjebak dgn perkara-perkara seumpama ni.
tapi TIDAK.

kemudian ditunjukkan 1 babak, di mana pemenang, Miss 2010 bg ucapan. dah menang kn, kna la cakap sikit. dia pn bukan main lg, dgn lenggang lenggok kalah top model, mengucapkn setinggi penghargaan kpd ayah & ibu, adik beradik, kawan-kawan, lastly SUAMI. a'ah. tak tipu ni. suami. serious sh** rasa nak makan org (nasib baik blog ni E (everyone) rated).

lepas tu tertonjol pulak muka sorang particular artis ni, sy rsa dia salah sorg juri ntuk occasion tu; memberi komen membina @ puji-puji dan sebagainya. bila dah ade artis, meaning bnda ni memang besarlah, budget pun besar, ditambah dgn hotel yg besar. tapi takkan la takde yg ter-trace kot nya-pun-aduih (ce teka, sape yg bwat penghabisan ayat cmni).

bila kes pasal ketua parti pembangkang, bukan main bwk sepanduk semua. sembang lebat psl kaum Lut. ni yg sebesar alam punya majlis masing-masing membutakan mata yg celik (pakai shades kot), tak amik port. ni la yg org melayu kata " gajah depan mata tak nampak,  semut seberang laut tampak".

melihat keruntuhan generasi seangkatan dgn sy ni, menguatkn lg cita-cita sy ntuk menjadi sorg pediatrician. sy nak slmtkan generasi akn dtg, kalo tak dapat slmtkn byk, at least terkesan kt golongan yg sikit. tu je harapan sy. sy taknak anak-anak sy, jiran sy, sekeliling sy, rosak.

kita ni bukan hidup kt zaman rasul terdahulu, yg mana mengingkari Allah je yg kena bala. umat Muhammad ni laen ceritanya. kalau Allah bagi bala, mmg sapu-sapu kaw tim punya ckp sama lu. yg beriman ke yg ingkar ke habis ranap.

Barangkali kita dah lupa peristiwa yg berlaku bberapa tahun lepas di Acheh. maybe ape yg berlaku di Jepun masih belum dapat membuka mata hati kita yg masih seronok melihat kemewahan hidup sekitar.

Luaskan pandangan. selami yg tersirat. Jangan sampai Malaysia pulak jd headline paper-paper dunia; kerana ade bencana besar di sana. 

kembalilah menjadi hamba, cukuplah sekian lama menjadi tuan
till then :)
laki sepatutnya menjadi khalifah. bukan ponen!

Sunday, April 3, 2011

Menarik.

try this :)


pilih bahasa ape yg anda mau.
now anda dah boleh cari keyword.
menarik kn?
free kn?
slmt mencuba.

Saturday, April 2, 2011

Terdiam.

terfikir jauh sgt.

adik no. 2 tgh study.
adik no. 3 bakal study.
taun dpn no. 4 pun bakal turut serta.

teringat abah.
teringat mak.

dah tak hiraukan diri sendiri dah.
whatever happens this year,
it's His qada & qadar
and I'm ready :)

p/s: ingat senang ke jadi anak sulong? :P

Thursday, March 31, 2011

A Fragment of Memory

Ambik berkat bdk batch yg da kawen..letak gambor dia dlm blog nih..haha (29 Mac 2011)
p/s: tahniah encik Adli Jihad..
dulu study sama-sama, tp takpat pulak kawen sama-sama..haha (jealousy...)

Ultra-tapisan

minggu lps study Liver, minggu ni subjek patho dah masuk Kidney. cepat betul. Revolution 25 Jan 2011 dah men-delay-kan pergerakan silibus.

Now, doctor dlm tekanan ntuk abiskan silibus cepat-cepat & students plak dlm tekanan nak kejar. bukan setakat nak kejar yg baru diajar, yg berbulan-bulan lepas pun kena pulun jugak. gara-gara cuti tak selak buku langsung. salah sape? sindiri mau ingatlaaa (adei..).

tapi yg menarik patho minggu ni ialah pasal kidney tu sendiri. mmg menge-syok-kn bila dpt belajar bit by bit kidney ni (even pathology ni berkisar tentang cinta penyakit je). bagaimana Allah telah menjadikan organ bernama kidney ni sempurna. small, light, compact, efficient & multipurpose (dah mcm iklan notebook pulak..hehehe).

ni baru luar. kalo tgk dalam guarantee cair beb.

serba simple pasal kidney:

  • waste excretion
  • acid-base homeostasis
  • osmolality regulation
  • blood pressure regulation
  • hormones secretion
dapatkah kita hidup tanpa kidney? tak mungkin. sbb tu terciptanya mesin dialysis. bahan buangan manusia ni kebanyakannya toxic even though cell kita sndiri yg produce benda-benda ni. tapi mesin ni byk kekurangan. besar gabak, berat, immobile, high maintenance & byk complication. syukurlah Allah tak buat kidney kita besar cmtu. Alhamdulillah.

tapi kebanyakan kita takkan hargai ssuatu itu smpailah ianya takde.once it's gone, it's gone. even bila sebelah rosak n sebelah lg boleh membesar till 90% to minimize the defect of the other, keadaan takan sama @ things will never be the same (nak sangat ckp orang puteh). mcm-mcm kena pantang bila dah jadi cmtu. so, nak tegaskan kat sini;
sayangilah organ-organ yg telah Allah pinjamkan.

that's all for now, (so sudden...??)
till then :)

Sunday, March 27, 2011

Kotor kasut.

harini entry kna mengena pasal hujan lg, nak buat mcmana, da mmg suka berhujan :)

haritu jalan basah lagi (hari yg sama dengan post sebelum ni). berlecak (lecah dlm bahasa bakunya). lecak mmg biasa kelihatan tatkala hari hujan, walaupun dalam hujan yang renyai sahaja(ayat sastera nih). itu lah realiti bila menetap di bumi Mesir. hujan jarang turun, cuma turun time musim sejuk je. jadi org Mesir tak pernah berlongkang. tu yg berlecak tu. ok sambung cerita.

haritu murah rezeki hujan la time kuliah tahun 3 abis. kami pn balik meredah hujan. sy mcm biasa lah, makin lebat hujan makin slow bjalan. sbb nak menikmati hujan dulu. kalo org tegur sbb jalan lambat, sy ttp buat muka cool je.

kemudian member sy kat depan pn mengeluh,

"abih la kasut aku, kena lecah"

balik je;
abis coklat-coklat, berpasir-pasir kasut. sy tenung kasut favorite sy tu. comot. nasib baik hitam colornya.
teringat 1 pepatah


وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا 
dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan perbuatan yang buruk. (al-Israa': 32)
 
 
bila lalu kawasan berlecak memanglah kita akan cuba mengelak, tapi mcmana kita cuba skalipun tetap akan tercalit jugak. mcm tu la jugak dgn zina. sbb tu lah nak menghampiri pun dilarang. kes nya sama lah macam lecak td.

rasa ingin bercintan & ingin dicintani tu biasalah. lumrah alam. tapi bila dilayan sgt tu yg kita mula terjebak di landasan mnuju ke zina. mula-mula texting je, tak puas, tak nmpak muka. jumpa pulak. tak puas lagikk. date pulakkk. tak puas lagikkkk. and so and so and so on.

walaupun niat asal cuma nak memenuhkan ruang di dlm hati, lma-lma boleh hanyut dek nafsu. di tambah dgn peranan syaitan dgn bisikan halusnya, bertambah cepatlah landasan tersebut sampai ke zina. ibarat lalu di sebelah lecak la. nak taknak mmg akan terpalit jugak.

sy pun pernah lalui zaman ni, jd sy paham sgt perasaan yg membuak-buak itu.

so,
tu je la nak share, alang-alang masih teringat. ni dah 2 kali post pasal cinta nih. haha
bg sesiapa yg dah mempunyai sape-sape, carilah jalan cepat untuk berumah tangga. sy mendoakn yg terbaik (walaupun dalam hati ade jealous). kalo yg belum mampu tu berengganglah dulu, insyaAllah kalo ade jodoh tak ke mana pun. rezeki Allah dah ditetapkan sebelum kita lahir lg.

so why so serious?

jgn cemari perasaan anda dgn nafsu.
that's all for now,
till next time :)

Friday, March 25, 2011

Sejuk. Hitam.

semalam ujan. lbeh kurang 4 kali jugak la. lebat tapi sekejap-sekejap je.
Harini memang sejuk lah (bagi sy). baru keluar tadi, jalan-jalan tak sampai 10 minit, rasa sesak dada. maybe sbb sy pn baru baik selsema. udara yg turun dari hidung, ke trachea, turun ke paru-paru. then rasa mcm brain freeze (sphenopalatine ganglion neuralgia). It was really annoying. but then sy terfikir, ni baru sejuk sikit, dah mcm tak sanggup nak ambik nafas. kalo udara panas ditambahkan dgn hawa panas, cmna pulak nanti?

kemudian sy terbayang. kalo udara panas ditambah dgn hawa panas tu dtg dari api, mustahil la dpt bnafas kn. wap yg amat panas membakar stiap laluan pernafasan tiap kali menyedut udara panas tu. ya Allah. mesti perit. (kebanyakan mangsa kebaran mati akibat menyedut udara panas yg memusnahkan paru-paru, selain mati akibat carbon monoxide poisoning)

kemudian sy terbayang api pulak. apekah akan jadi kalo api yg mengeluarkan wap & udara ini HITAM warnanya. yup, sy dah terbayangkn Neraka. apekah  mungkin sy dapat menyedut udara tu walaupun sekali? dengan panasnya, sesaknya, menyeksakan. kemungkinan besar dah jadi debu even sbelum mencubanya.

kemudian if, if only sy dpt menyedut untuk pertama kalinya, apekah yg sy dpt hidu? bau-bau darah & nanah yg menggelegak, bau daging yg dimamah api? adakah dgn menyedut udara itu, keperluan sy ntuk udara tercapai? adakah sy rela untuk menyedut udara itu buat ke-2 kalinya?

ya Allah, bergetar hati ni bila terfikir. kalo nak bernafas pn tak mmpu, apatah lg untuk melihat, jauh skali untuk berada di situ walau sedetik sekali pun. kan?

matahari yg berjarak 1.496×108 km dari bumi pn  
boleh membutakan mata kalo dilihat scara terus. 
ni kan pulak Neraka.
menakutkan. 
dan TAK MUSTAHIL.

tu je kot nak share kali ni. moga Allah sentiasa merahmati kita.
till next time :)


what do you see behind those eyes of yours?




Wednesday, March 23, 2011

Tepu.

dah lama tak rasa camni. lepas tu mcm biasa la, kalo letih sgt otak ni mula la nak ngisi blog..haha

sikit je agenda harini, tapi berturutan tanpa henti. kelas terakhir tadi, cuma bole pickup 20 minit pertama je, lepas tu otak pn overheat (rasa mcm nak tidur je, tapi tahankan je la. wktu asar ni). maybe sebab demam, maybe sebab sejuk. tapi yg pasti Allah nak turunkan ilmu takat tu je tadi. mintak-mintak la mlm ni dpt balik yg tcicir tadi.

then, after that, selepas itu, jadi benda yg tak disangka. overheat punya pasal, tak pasan 10 l.e ilang dari tangan, bukan sbb diragut, tapi tercicir tah kat mana (sideh...). 1st time dlm hidup tcicir duit (rasanya lah...) tp takpe la, bak kata mak.abah, rezeki dah sampai situ je. so 2 hari mmg takleh beli pape la. (sabar-sabar..)

tu je kot, doakan lah urusan belajar sy dpermudahkan. ilmu turun mcm coklat mencurah-curah ke ladang gandum. (*sengeh smpai dahi*) 
till then. :)
Ilmu = masterkey



p/s: tahniah kepada adik kesayanganku, Muhammad Uzaier Fitri bin Abdul Aziz, bjaya merangkul 8A 1B.
p/p/s: masih mengeksperimentasikan kamera Canon A3100 IS. seronok.

Sunday, March 20, 2011

Terpegun.

pagi tadi ade la lecture pathology 2 jam. Doctor yg mengajar punyalah mengajar dengan penuh perasaan, berbekalkan slide show Powerpoint yg dipancarkan dari LCD. 30 minit pun berlalu. sekali tiba-tiba current tergendala (betul ke bahasa melayu ni?). gelap 1 kelas. tapi doctor tu tak panic. relax je. dia sambung lg explanation dia macam takde papepun yg jadi.

dalam hati memang tergamam lah, sebab dia boleh explain bulat-bulat (almost la..) words by words yg ade kat dalam buku tu. pulak tu dia boleh berdiri 2 jam dgn hanya duduk rehat untuk 10 minit. timbul rasa rendah ya amat melihat kelakuan doctor tu. ya Allah, respectnya la pada doctor sorang ni. rasa nak sayang laju-laju je...hehehe

dalam usianya menjangkau 50 tahun plus plus, dia masih mempunyai ingatan yg kuat, badan yg kuat, suara pun mantap tanpa microphone. ternyata sy masih terlalu jauh untuk menjadi sepertinya. walaupun usia masih muda, kaki malas melangkah ke kuliah. mata meliar ke teksi-teksi. terasa 2 L.E tu ringan je dari poket seluar. bila tiba di lecture hall, bukan kena bercakap pun, cuma dengar je & maybe bersoal jawab sikit-sikit. tambah lagi duduk dalam kuliah, bukan berdiri mcm doctor. itu pun masih mengeluh tak sudah, "bilalah kuliah nak habis niii..". nampak sgt datang kuliah ni separuh hati je. malu betul diri ini. (jihad ilmu pn kecundang, macam mana pulak nak berjihad menegakkan Islam?)

ternyata masih mentah diri ini untuk menghadapi dunia kedewasaan. byk pengajaran lain yg saya dapat hari ini selain input-input yg telah doctor suapkan sepanjang hari.

bilalah nak matang ye...

kalo nak malas, jgn jadi orang, jadi kucing. (lepas sepah-sepah buku tido)

till next time.

p/s: atas ni nama dia Coco. dia ni unik. bulunya lebat & Malaysia pulak panas, maka telah mendapat ilham untuk tido meniarap dengan kaki melunjur ke belakang (seperti gambar di atas). saje nak promote. haha

Friday, March 18, 2011

A Fragment of Memory

Majlis Ramah Mesra bersama Menteri Pengajian Tinggi Malaysia (9 Mac 2011)

Lupa!


1st week rasanya mcm susah sgt nak lepas, sebab byk sangat bnda yg sy dah lupa. baru cuti 3 minggu, semua dah lupa. tulah memori manusia. 8MB semuanya. kalo tak diasah, dalam masa 3 hari je input boleh hilang. 3 hari pn dah hilang, kalau 3 minggu ape yg tinggal! (tersedu sedan)

alhamdulillah, lega ade cuti 2 hari. mudah-mudahan dapat la belek-belek semula. orang-orang U pn masih belum decide tarikh bermula exam final. (tarikh taktau, lagi cuak dibuatnya)

mudah-mudahan keadaan di Mesir terus stabil, sy taknak delay-delay lagi. (nanti makin byk yg lupa, cuma ingat nama sendiri je la nampaknya)

banyak peristiwa menarik berlaku sejak kejatuhan rejim Mubarak. Contohnya semalam, mmg terkejut lah bila nampak sorang brother ni buang sampah dalam tong sampah! masyaAllah. revolusi mereka bukan di awalan sahaja. masih berterusan sampai sekarang.

banyak poster-poster, risalah-risalah yg difoward-fowardkan. (ranap BI aku...) syukur melihat Ikhwanul Muslimin bergerak lebih bebas. (FYI, Ikhwanul Muslimin bukan terrorist ye, sepertimana yg diakui sesetengah manusia yg cetek akalnya). 

takde ape nak type lagi dah, just berharap moga Allah kekalkan keamanan ini.
ok, dah lama kot typing nih.
till next time :)
chillax.


p/s: dalam masa lebih kurang seminggu (11 Mac - 18 Mac), berlaku lebih kurang 564 gempa bumi pada skala 4.2-9 di Jepun. moga ape yg berlaku menjadi teladan kepada kita semua. Azab Allah itu dekat, cuma deria kita selalunya dihijabkan dgn nikmat dunia yg melalaikan.

Monday, March 7, 2011

2 rabiul thani 1432.

dah lama betul tak update blog ni. semakin hari semakin malas dibuatnya. jadi saje je nak post harini, bagi ade balik mood nak post kt sini...hehe. lagipn harini hari istimewa untuk saya & saudara-saudara yg seangkatan. 22 tahun lepas, kami lahir!

so sekarang ni dah 22 tahun la. tapi tak ramai yg sedar kot, sebab suma orang ingat dlm masihi je (suma??..bajet famous ah ni). tak kisah la, yg pasti harini istimewa untuk sy :)

ade baiknya ingat harijadi yg ni. at least sy selalu up to date dgn kalendar hijrah. tak mcm dulu (aish...).

haaa...sebelum terlupa, dulu ade orang request kat saya untuk cita pasal mesir. baiklah, dgn segala hormatnya menceritakan :)


Situasi semasa Mesir
  1. keadaan sekarang lebih stabil, pihak polis dah mengambil alih keadaan di mesir. cuma sekarang diorang tak tunjuk power ah, dah lembik dah. kalo dulu nak masuk bandar-bandar lain ade checkpoint. kemudian kena bayar, macam tol nak masuk bandar la. tapi sekarang, checkpoint tu macam takde je.
  2. volunteers (yang bawak kayu ramai-ramai tu) yang jaga street waktu darurat dulu sekarang dah takde dah.
  3. ekonomi dah beroperasi mcm biasa, topup pun dah kembali beroperasi. jadi takde la harga luar biasa mcm haritu. bank-bank pun dah boleh cucuk duit (rate Malaysia tgh tinggi skarang..cepat-cepat la kuar duet ye..haha)
  4. pihak tentera masih ade macam biasa, tapi berkurang sangat lah. pape pun, pihak tentera ni tak penah mengancam orang awam pun. dorang lagi baik dari polis :D
  5. segala papan tanda, poster, lukisan yang mengandungi imej bekas president Hosni Mubarak dah pun diturunkan. so, kt mana-mana tempat yang ade 'Mubarak' telah pun ditanggalkan termasuk stadium M****** di Mansoura University (tak dapat nak eja penuh, sebab orang dah cabut..haha)
  6. IM @ ikhwah muslimin sudah mampu beroperasi dengan lebih tenang, alhamdulillah. setakat ni dorang buat kempen kebersihan kt bandar-bandar serata Mesir. kalo dulu, siap ade mata-mata lagi, sape sebut pasal IM ni boleh masuk penjara. baru cakap je, kalo sokong sah-sah masuk penjara.
  7. orang-orang luar (selain rakyat Malaysia) sudah mula kembali ke Mesir. (haritu masuk immigration dgn orang Amerika, cikgu BI ngajar prasekolah kat Cairo. ramah orangnya, tapi kembang kempis idung la nak cakap BI..hahaha). immigration sesak dengan pelarian Libya.
  8. konfrontasi (muzaharat) masih berlaku sekali sekala (tiap Jumaat) kat Medan Tahrir, cuma untuk minta kenaikan gaji.
ok, tu je kot
till next time :)

p/s: kalo nak banding keadaan Mesir dengan Libya, keadaan kat Mesir dulu lagi elok dari Libya kot. even riot sana sini, takde la sampai bunuh-bunuh rakyat. kat Libya tu dah macam nak jadi Civil War je. kejam betul Gadaffi tu. moga Allah menjatuhkan diktator yang kejam, amiin.

Thursday, January 13, 2011

Quote of the day


Not all places are covered by the clouds even on rainy season,
move a little bit and you'll see the sun.


p/s: haritu Mak telefon. Dia ckp Chemong da takde. adik bongsu sy nangis 3 hari berturut-turut. Sedih jugak la. Even semua kucing nampak sama, tiap satu ade karakter masing-masing. Just like humans. Tu la kelebihan ciptaan Allah :)

p/p/s: sy suka main hujan. alhamdulillah setakat ni tak demam lagi dek hujan. kalau demam pun atas faktor-faktor lain :D