Tuesday, May 29, 2012

Quote of the day

if you cannot change your habits,
change your habitat.


p/s: tiba-tiba terpikir phrase ni time tgh mandi td. haha :D

Monday, May 7, 2012

Selingan

Arab,
kita kenal keserabutannya
kita kenal ragamnya
kita kenal kenakalannya
kita kenal kegilaannya
dan betapa berkiranya mereka.

namun..

ramai juga arab yang,
sangat ikhlas dalam kerjanya
sangat ramah dalam sapaannya
sangat singkat dalam dendamnya
dan betapa penuh ilmu di dadanya




p/s: andai sy tak bertemu dgn bangsa bergelar Arab, tak mungkin sy sematang ini. mungkin sekali dah ternoda dgn keseronokan di tanah sendiri. 

p/p/s: doakan sy! final exam! 15 May - 27 July!

Tuesday, May 1, 2012

durr Mayu, tahun 4

tahun 4 sudah berlabuh tirainya
namun tugas masih belum selesai
kerana hidup masih belum di akhirnya
menyempurna iman yang takkan bisa langsai.

laman sosial masih lagi hangat
di sana sini bermadah berhujah
diri semakin hilang keringat
tertanya-tanya bilakah sudah.

Saturday, April 14, 2012

Quote of the day

cell cycle. myyyyyyyyy favourite.
how to live happy?

 do your best, even if the only road is filled with thorns,
be grateful with what you have, even if the only thing that u have is a penny.
let Allah settles the rest, cuz He's the best place to return to.

p/s: tingin nak join matruh tapiiiii..ade STAR. takpe lah. Mansoura pn best :D

p/p/s: on 2nd thought, cuak nak exam. takpelah tak join :P

Friday, April 13, 2012

Main takraw untuk pertama kali dalam hidup


bberapa hari yg lps sy mula berjinak-jinak dgn sukan baru.
takraw.

so far so good la. Alhamdulillah. sy takde la kaki bangku sgt rupanya. haha ( tp still tak minat bola sepak )
tp bengkak jgak la buku lali ni sbb tak pnah guna main bola, bola tu keras pn keras.
ni pn masih sakit. tak kisah la psl tu :P
syukur jela Allah masih pinjamkan kaki untuk merasa sakit.

tgh dok syok main tu, abis kasut. comot. bukan sbb debu, tp sbb tanah kt situ basah. taktau la ape pekerja stadium tu buat. siram rumput kot ( btw kt sini takde gelanggang takraw, so kami main atas rumput je la ). sy tak kisah pn kasut jd kotor. dah mmg rezeki sy nak pkai kasut bersih smpai smlm je. plus, mak sy salu pesan
"redha jela kalo barang hilang ke rosak ke, dah Allah bagi rezeki abang smpai kt situ je. nak buat mcm mana"
on 2nd thought, if basuh kasut ni nti jd putih la balik insyaAllah ( kalau rajin nak basuh laa~ ). then, tiba-tiba tpikir psl bnda lain. kalau kasut yg asalnya putih bila kotor, kalau dibasuh msti la putih balik kn?

so, mcm tu la jgak hati kn? asalnya putih. bila dikotorkn dgn dosa-dosa, kemudian dicuci dgn taubat msti putih balik kn? insyaAllah.

nape tiba-tiba masuk sini eh? sbbnya, spanjang beberapa tahun sy dok sini, byk la dgr kisah psl student-student kt sini nak berubah. dari yg kurang molek kepada yg lebih molek.

malangnya, ade la kwn-kwn sebaya @ yg lebih kurang sebaya lebih memandang kepada "kekotoran" yg lalu. it's quite a challenge la for that person untuk berubah. pnt-pnt dia cuci hati, org tetap pandang serong & dipulaukan pulak tu. padahal "kekotoran" tsebut dah dicuci dgn clorox. but still, org nmpk kotor.

hati kita ni fitrahnya putih, kotor mcmna sekali pn, kalau Allah bg hidayah, akan digilapnya jd putih bersih ( mcm kasut sy ni lah, kalau dibasuh, bersih semula ). jgn la sng-sng pandang serong kt org yg sungguh-sungguh nak berubah. mcm la kita ni dah confirm penghuni Jannah to judge people like that ( marah ni... ). silap-silap kita plak yg turn table. Nauzibillah.

so kesimpulannya, kalau ade kwn-kwn korg yg dulu mcm tak tntu hala tiba-tiba nak berubah, support la dorang. sama-sama la cuci hati. bukan sng nak cuci hati especially dunia akhir zaman ni.

secara puitisnya ( ngade la nii...hahaha )
selamatkanlah benih elok yang berdebu di sebalik benih-benih yang membusuk

okay, tu je kot.
till next time :)

p/s: nak masuk summer ni ramai yg sy dah reject. bukan sbb ramai yg ngorat. tapi sbb kaki tak bertutup. aurat kot. aish, susahnya nak cari calon..... :P hehehe

Friday, April 6, 2012

Kanan & Kiri

gambar ini adalah hiasan semata-mata ( hiasan di tgn sy )

semalam sy berbuat-buat rajin, konon nak cantikkn notice board dlm bilik. tgh potong-potong double side tape tu, tertarah 1 jari kiri...alhamdulillah ( sape suro pkai pisau steak buat potong tape )

lps tu mmg tak guna jari tu la bila bwat keje. elak sbaik mungkin. then gna tgn kanan lah mostly, till...tiba-tiba rasa sakit kt jari kanan.

rupanya ade luka jugak kt situ, sy sndiri lupa sbb jari kanan ni injured 2 hari sebelum tu. sbb jari kiri ni baru kena, sy lupa yg jari knn pn masih blum elok lagi.

pendek cita, cmni lah manusia. benda yg dekat-dekat selalu dikenang, benda yg jaoh makin lma makin jaoh, last-last lupa.

benda yg jaoh tu contohnya mcm hasanah @ pahala. Hasanah ni ganjaran yg jaoh, tak nmpk dpn mata till-lah kt atas neraca Mizan, baru la Allah tnjukkn.

kalo cmtu yg dekat ape? mestilah ganjaran @ upah @ penghargaan, pape je la yg sedap mata memandang. makin tinggi rasa diri tu lg bagus kn. padahal ape yg kita dapat tu suma bersifat temporary @ transient.

kalo duit upah tu contohnya, guna buat makan, jln-jln sana sini. abis. kn temporary tu. kenyang pn sekejap je. betul tak?

jadi, siapakah kita yg sebenarnya? mengejar yg dekat ke mengejar yg jaoh?

Rasulullah S.A.W bersabda,

“Barangsiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuannya, maka Allah akan memberikan kekayaan kepada hatinya, memudahkan urusannya dan dunia (yang hina ini) akan datang kepadanya (dengan sendirinya),

... dan barangsiapa yang menjadikan dunia sebagai tujuannya, maka Allah akan memberikan (rasa) fakir kepadanya, mempersulit urusannya dan dunia tidak akan mendatanginya kecuali apa yang sudah ditetapkan baginya. “

HR At-Tarmidzi

tu je kot untuk kali ni
till next time :)

p/s: dah byk kali dah kena pisau steak tu...tak serik-serik..hahaha ( dulu takut pisau, skang ni suma pisau nak guna )

Wednesday, April 4, 2012

Azan & Iqamah


saje nak share kt sini, rasa mcm dah lama tak share :)

Waktu-waktu yg afdhal utk berdoa:

  • Pada hujung waktu malam
  • Sewaktu azan sedang berkumandang
  • Antara azan dgn iqamah
  • Selepas selesai solat-solat fardu
  • Ketika Imam naik atas mimbar waktu solat Jumaat sehingga selesai solat
  • Saat-saat akhir waktu solat Asar pada hari Jumaat
  • Ketika hujan turun sama ada lebat @ tidak tidak lebat
  • Ketika sedang berperang dgn musuh Islam
  • Ketika sujud dalam solat
  • Ketika dizalimi
  • Sewaktu bermusafir ( dgn niat baik )
  • Ketika nak buka puasa

Tempat-tempat @ keadaan yg afdhal utk berdoa:

  • Ketika memandang Kaabah
  • Ketika melihat Masjid Rasulullah S.A.W
  • Ketika mengerjakan tawaf di Baitullah
  • Ketika berada di Multazam
  • Ketika berada di belakang makam Nabi Ibrahim a.s
  • Ketika berda di sisi sumur Zamzam
  • Ketika di atas Bukit Safa & Marwah
  • Ketika berada di atas Arafah, Mudzalifah & Mina
  • Ketika berada di sisi Jamarat, iaitu tempat melontar Jamrah yg Ula dan Wusta.
  • Ketika berada di masjid

(kalau salah tlg betulkn :) ) 

nape sy 'bold'kn point "Antara azan dengan iqamah" ? sy pn taktau ( gurau-gurau..hehehe ).

sbbnya sy prasan ramai yg tlepas waktu ni ( tmasuk sy skali la sng citer ), bukan sbb taktau, tapi sbb byk sgt "keje" yg dibuat sewaktu azan, till terlepas waktu yg limited ni. kalau "keje" yg bermanfaat takpe la jugak, tapi kalau "keje" yg lagho? ntah la labuuu~


sbb tu liat nak solat, sbb panggilan Ilahi pn kita buat derk je. bila dah hujung waktu, baru la pecut g solat.


ape yg kita buat eh time antara Azan & Iqamah?
Subuh: terbungkang atas katil, kalau musim sejuk lagi best.
Zuhur: study @ cari kedai makan @ memasak @ belum bangun lagi
Asar: kt padang, dah booking @ tidur petang @ layan drama/movie, lagi-lagi kalau hujung minggu
Maghrib: still kt padang, last round @ memasak
Isyak: makan mlm @ sambung tengok drama/movie


jadinya, pakat-pakat la pikir balik ye. diri kita ni mcmna. adakah doa kita cukup sempurna tanpa hijab? adakah doa kita dah cukup banyak?  adakah doa kita ni dah diterima? 

so, kita kna la kejar waktu-waktu special nih.
please make ourselves look appealing to Allah, so He can easily to see you :)


tu je kot utk kali ni, simple je :)
till next time.


Quote of the day


It's better to put yourself at bay from a friend,
than letting yourself being cursed by that "friend".
 It'll ruin you.


p/s: setiap tuturan tu doa. choose your friend wisely supaya dorang doakan yg baik-baik, bukannya maki-makian.

Saturday, March 31, 2012

50 piaster je...


kisah ni baru je jadi ( kisah konon... ), saje nak share :)

pada suatu hari,  lepas solat Jumaat ( so hari Jumaat la kn ) lepas settle suma, sy kuar masjid.

tah mcmna tah boleh dahaga pulak tghari tu, jd singgah la kedai runcit yg kebetulan bukak lps solat Jumaat. usually kedai-kedai kt sini 90% tutup pd hari Jumaat ( confident je 90% ). then tekak ni pulak ngade nak beli air gas. dlm poket ni ade sikit je at that time. toleh sana sini. belek sana sini. sy pn beli yg botol, konon bole jimat lama sikit la sbb kalau dlm tin mmg tak tahan lama.

then nak dipanjangkn cerita tak cukup 50 piastres. sy pn ckp kt ammu tu nak byr kemudian, lps Asar. ammu tu mcm biasa la, dah biasa nmpk kita, dia pn "meshi" je la.

jadi sy pn balik rumah, melangkah dgn riang rianya.

smpai je bilik, terus capai seteguk. lega. sy dah kuarkn siap-siap 50 piastres. takut lupa nnti. then, sambung study sikit sbb esoknya ade quiz round Commed.

lps 30 min. tiba-tiba tperasan. harini Jumaat. kedai runcit tu tutup lps Jumaat. salunya bukak esoknya. camna ni?

then lepas Asar gi kedai tu. mmg betul. kedai tu tutup. & sy masih berhutang 50 piastres. mula la rasa tak sdp hati sbb hutang tak dpt settle lagi. mcm-mcm dlm otak ni pikir.

"sempat ke aku nak bayar esok?"
"panjang lagi ke umur aku sampai esok?"
"kalau aku mati sebelum esok, camna nak byr hutang ni, bukan ade org tau aku beli air gas kt kedai ni"
"balik ni kena tampal sticky note la so kalau aku mati ade org tlg byrkn hutang ni"
"kt wallpaper pn kena tulis jugak so that org nampak"
& mcm-mcm lagi~

lps tu teringat pulak
sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:
“Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskannya maka tergantung-gantunglah ia di antara langit dan bumi, yang bererti terseksalah roh itu hingga dibiarkan hutangnya itu”
makin berdetak la jantung ni. ya Allah.

tp alhamdulillah, hari tu ammu tu nak bukak pulak kedai lepas Maghrib.  sy pn laju la singgah kedai tu. bayar 50 piastres tu. langsai. sng hati :)

so, kesimpulan kt sini.
  • jgn berhutang unless betul-betul urgent. kalau setakat nak pinjam duit untuk beli handset canggih tak perlu la kot. syukur la dgn ape yg ade. usaha sndiri kalau nak lebih.
  • anda dah bersedia dgn hitam putih mengenai status hutang anda. supaya kalau ditakdirkan anda tiada, ade orang settlekn hutang korang. takde la roh korg tersangkut celah-celah alam ni.
  • yg paling penting. elakkn berhutang. tulah yg terbaik.\
  • kalo tak mampu byr dlm waktu terdekat, mintak la dihalalkn awal-awal la ye.
tu je kot,
till next time :)

p/s: tak berbaloi la sbb 50 piastres roh tsangkut kan :D

Thursday, March 29, 2012

Quote of the day

gambar ni bersepah kt google. so I pick 1 :D

Vengeance & anger is a burden to the heart.
that's why Islam teaches you to forgive everything and ask for forgiveness before you go to bed.




p/s: typo itu cute. sekian

Wednesday, March 28, 2012

Quote of the day


the world would be a better place without fools
but without them, you will not mature
be thankful.



Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhundri R.A. berkata
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: "Marah itu bara api maka siapa yang merasakan demikian, jika ia sedang berdiri maka hendaklah duduk, bila ia sedang duduk hendaklah bersandar (berbaring)."

p/s: saje post. sbb smlm marah dgn arab..hehehehe :P

Sunday, March 25, 2012

Hedonism

Hedonism is school of thought which argues that pleasure is the only intrinsic good.

pelik kn nowadays makin byk concert-concert dimajukan. baru2 ni sy ade baca post dr sorang kwn lama sy, psl concert Avenged Sevenfold, yg sebelum ni tak pnah smpai Malaysia sbb pembawakan dorg; attire dorg la sng cita kn, tattoo, cursing, alcohol & all that kinda stuff. salunya dorang lepas smpai Indonesia je. tiba2 taun ni dorg boleh pulak buat concert kt sini. sgt pelik.

then ade sorg kwn lma sy pulak post psl beberapa band metal nak bwat concert kt sini. nampak mcm concert besar jgak. sgt pelik.

dgn masalah social yg smakin membarah, kita tambahkn lg peluang untuk anak2 muda bercampur gaul tak tentu hala. umpama menyalakan rokok pada seorg penghidap bronchogenic carcinoma stage 4. sgt pelik.

then ade sorang minah negro nak buat concert kt sini ( sy tak igt nama dia ). 1 hari tu kantoi gambar dia cat bdn dia dgn tattoo seakan2 kalimah Allah. marah. konon2 sensitif lah dgn Islam. tp nape minah sorang tu je yg takleh buat concert tapi yg lain boleh? sgt pelik.

tu baru cerita concert yg akan dtg, yg dah dtg tu mmg mcm2 la dah jd. contoh mcm SNSD turun KLCC baru2 ni, tba2 penuh timeline fb sy. yg nak turun KL dari ujung2 Malaysia pn ade. yg kt Mesir pn menggeletek jgak nak pergi. jealous2 bagai. mak aih. Gelimaaat maat maat..... kat situ rupanya qiblat korg wahai khalifah2 sekalian.

Islam bukannya tak bg hiburan, tp ade la batas2nya. kalau tukang kebun pn buat batas supaya tak terpijak pokok yg dia tanam tu, sama la mcm kita. Allah letakkan batas2 supaya kaki kita tak tercelup dlm neraka. ingat sedap neraka tu?

seriously sy sndiri pn minat kt band tu kt band ni sikit & genre pilihan sy mmg lain dr yg lain la, kalau ade yg nak try dgr tu mmg sakit telinga la after the 1st lyric had been sung ( sebab sy minat metalcore & beberapa band lain). tp sy tak pnah menyokong even though band yg sy minat tu bakal ke Malaysia. cukup la dgr sndiri2 je. sbb concert tu byk buruknya. banyak.

cukup la idola2 Malaysia yg berkembang mcm kulat roti ni. dari yg tak bertudung ke yg bertudung, dari lepasan university ke budak sekolah, dah terlalu banyak dah untuk tanah air kita yg "qute" ( sy tak pndai eja cute ) ini. lagu-lagu mmg tak akan memenuhkan jiwa kita, sbb tu kita asik nak carik lagu baru je, download lagu baru je, tggu album baru je, btul tak? sbb segala2 lagu yg ade ni kt dunia ni takan memenuhkan jiwa kita. mcm minum air jus time tgh haus, mmg tak rasa cukup. makin dehydrate lg ade la.

sbb tu Quran ni wajib dibaca tiap-tiap hari. tu je yg dpt memenuhkan jiwa yg kosong ni. baru reda golak geloda ( sy tak pasti ni bahasa melayu ) yg menghauskan jiwa kita ni.

so kesimpulannya, pikir la sendiri ;)




so, ni je kot untuk kali ni
till next time :)

p/s: nak tau ape gelimat? ni dia gelimat :D
Gelimat

Friday, March 23, 2012

Quote of the day


There is a reason why some of our prayers were not answered.
bak kata pepatah melayu,
"Ikut hati mati, ikut rasa binasa"
so kalau semua doa diturutkan, habislah dunia ni.
kucar-kacir.

p/s: papepun jgn berhenti berdoa. jangan.

Thursday, March 22, 2012

Pusingan Perubatan Komuniti

takut jarum.


pelik kn post kali ni. sbb dlm BM. hahaha
tu pun nasib baik pkataan "komuniti" pn dah dimelayukan, spt kbanyakan English words yg lain..

sebenarnya tajuk kt atas brkait dgn round baru sy, ye itu round Community Medicine, atau lebih mesra lg sbg Commed ( btw, sy masih tak mesra lg dgn subjek ni..masih mencuba :P ). sminggu dah lbeh kurang, byk jgak la yg dpt daripada round ni. alhamdulillah :)

tp Commed ni byk ke arah gerak kerja la, tak mnjurus sgt kpd penyakit & individu. mostly blajar cara ntuk coop dgn mass of people. so tau la sikit2 cara kerja bkumpulan yg effective, mcm dlm company la ade supervisor, leader etc.

and antara doctor2 yg bg lecture dlm kls tu, ade la sorang ni yg cita pengalaman dia dulu2. time tu dia kt 1 kmpung ni, dtg utk tgk BCG status kpg tu. then check la immunization card kt org2 kmpung tu. alhamdulillah, 1 kpg dah ade tanda 'tick', meaning dah ade immunization towards TB, atau lebih mesra lg batuk kering ( drama melayu msa kita kcik2 tu ingat tak? batuk2 then muka pucat, batuk bdarah lps tu mati..tu la dia TB hehe ). tapi, bila doc tu check bahu kiri ( tempat BCG universal ), kesan melepuh yg mcm kita ade tu, takde kt org2 kmpung ni. dia pn hairan.

ha, salah sape?? only God knows. pape pn sy nak tulis 2 possibilities yg mungkin jd dlm kes kt atas.

  • if salah doc yg bwat program immunization tu? tak cucuk tp 'tick' je. 
wah sng la keje kn, mcm cikgu pulak tanda card. mmg la org kampung tu puluh2 ribu tapi tak bmakna kita boleh cheating, especially penyakit yg highly infectious mcm TB ni. tanggungjawab tu. amanah tu. & 1 amanah yg bsr sbb bkait dgn nikmat Allah yg paling besar, iaitu hayat. as a doctor, it's either cure or die. jgn igt demam selsema tu takde ape. if Allah ckp "Jadilah mati!" then mmg jadi la. so, as seorang khalifah ( yes, we are all khalifah ) yg dah diamanahkan utk ambik bidang medicine ni, tak boleh ngelat.

  • if salah masuk syringe? spttnya subcutaneus (SC) tp cucuk intramuscular (IM) ? 
tersilap sikit je, yg pnting keje dah buat. so boleh la dimaafkan, ye dak?...mcm tu? before assume suma tu, cuba flashback balik wktu belajar as a student dulu. blajar main2 ke btul2? kalo belajar sambil lewa je, sekadar nak dpt kelulusan then dpt MBBS/MBBCH, then blame it on yourself. sbb belajar untuk amik exam. sbb tak belajar btul2 yg menyebabkn kelalaian mcm tu.


ni contoh utk medicine la, sbb sy sndiri pn dlm bidang ni. hehe. sorry. tp kalo ade di antara korang yg bca blog ni dlm bidang lain, then amik la iktibar dr kisah kt atas ni kn. beratnya amanah tu. tak kisah la korang tu arkitek ke engineer ke cikgu ke, amanah ttp amanah. nak belajar course yg kita nak bukan sng & bukan sng org nak meletakkn kepercayaan kt kita & bukan sng untuk dpt kerja. so bila dah dpt suma tu, buat betul2.

kalau amanah tu bkait dgn manusia lain, lg la kna extra care, sbb ape yg kita buat akan influence hidup individu tu. kalau jd bnda buruk kt dorang, then dpt la dosa tak pasal2, dosa yg takkan settle smpai la korang mintak maaf dgn individu tu.

kalo korang civil engineer buat jalan raya ( eh betul ke civil engineer ade yg bwat jln? ) yg berbahaya & ade org accident, tak ke parah kena mintak maaf dgn tiap org2 yg accident tu disebabkn kelalaian korg? pikir la sendiri.

sy percaya stiap kerja ade tahap kualiti & piawai dia, sebab kita sndiri pn ade tahap kualiti & piawai yg dah Allah tetapkan. cma up to us nak follow ke tak.


alright, ni je kot untuk kali ni
till next time :)

p/s: alhamdulillah dah sihat. terkejut jugak tiba2 dpt idea nak post mencurah-curah ke ladang gandum :D

Friday, March 16, 2012

Apakah di benak fikirannya?


Ade sorang 'ammu' (ammu = pakcik) yang sy dah lama phatikan.
mungkin seorang ammu, tapi boleh jadi lg tua dari tu.
Sebab dia bongkok.
dia tak mengenali sy, tapi sy selalu phatikan dia sbb kami selalu berselisih
kerjanya tak besar, cuma mengangkat kotak kosong dari kedai ke kedai.
untuk di'recycle'.
cuma berbekalkn basikal 3 roda untuk menolongnya, ammu ni ttp gagah meneruskn hari-harinya.
tak pernah sekali pn dia mengaduh, mengeluh atau mminta-minta dari orang lain.
sy sgt kagum. sy sgt cemburu.
walaupun hidup sy ni cukup makan, cukup pakai. kadang-kadang ttap mengeluh. ttap mengaduh. seperti menyalahkan Allah atas rezekiNya.
tapi ammu ni tak mcm tu pun, dia tetap bjalan sambil menyorong basikalnya, menuju ke kedai-kedai lain.
dia bukan ade keluarga.
isteri? anak? jauh sekali.
tapi kudratnya sgt luar biasa.

satu petang, on that fateful day.
dia solat di masjid yg bhampiran dgn rumah sy.
di kala imam selesai bagi salam, bertempiaran lah orang keluar.
yg baju coat, baju t-shirt, jubah semua keluar kecuali beberapa org, termasuk ammu tu.
kebanyakan org arab mmg trus keluar lps imam bg salam, maybe dorang wirid & doa on the way kot, only God knows.
tapi ammu ni lma duduk, lama bdoa.
mmbuat sy terfikir.
ape yg dia doa?
adakah dia bersyukur dgn hidupnya yg susah ni dia tak terikat ataupn terhanyut dgn dunia ni?
adakah dia minta kekuatan untuk bangkit sehari lagi?
adakah dia minta agar hayatnya disingkatkn?
entahla.
moga Allah bg yg trbaik untuknya.

now, cuba tengok diri kita balik.
semua cukup kn?
kalo korang dpt baca blog ni, means insyaAllah cukup la segala benda.
kalo diikutkan nafsu mmg takkan puas even dapat 1 dunia pn.
syukurlah dgn ape yg kita ade, sbb ape yg Allah bg tu lah yg terbaik untuk kita.



till next time, salam :)
sorry kalo sikit celaru dlm post ni ( dah lama tak post :P )