Thursday, March 31, 2011

A Fragment of Memory

Ambik berkat bdk batch yg da kawen..letak gambor dia dlm blog nih..haha (29 Mac 2011)
p/s: tahniah encik Adli Jihad..
dulu study sama-sama, tp takpat pulak kawen sama-sama..haha (jealousy...)

Ultra-tapisan

minggu lps study Liver, minggu ni subjek patho dah masuk Kidney. cepat betul. Revolution 25 Jan 2011 dah men-delay-kan pergerakan silibus.

Now, doctor dlm tekanan ntuk abiskan silibus cepat-cepat & students plak dlm tekanan nak kejar. bukan setakat nak kejar yg baru diajar, yg berbulan-bulan lepas pun kena pulun jugak. gara-gara cuti tak selak buku langsung. salah sape? sindiri mau ingatlaaa (adei..).

tapi yg menarik patho minggu ni ialah pasal kidney tu sendiri. mmg menge-syok-kn bila dpt belajar bit by bit kidney ni (even pathology ni berkisar tentang cinta penyakit je). bagaimana Allah telah menjadikan organ bernama kidney ni sempurna. small, light, compact, efficient & multipurpose (dah mcm iklan notebook pulak..hehehe).

ni baru luar. kalo tgk dalam guarantee cair beb.

serba simple pasal kidney:

  • waste excretion
  • acid-base homeostasis
  • osmolality regulation
  • blood pressure regulation
  • hormones secretion
dapatkah kita hidup tanpa kidney? tak mungkin. sbb tu terciptanya mesin dialysis. bahan buangan manusia ni kebanyakannya toxic even though cell kita sndiri yg produce benda-benda ni. tapi mesin ni byk kekurangan. besar gabak, berat, immobile, high maintenance & byk complication. syukurlah Allah tak buat kidney kita besar cmtu. Alhamdulillah.

tapi kebanyakan kita takkan hargai ssuatu itu smpailah ianya takde.once it's gone, it's gone. even bila sebelah rosak n sebelah lg boleh membesar till 90% to minimize the defect of the other, keadaan takan sama @ things will never be the same (nak sangat ckp orang puteh). mcm-mcm kena pantang bila dah jadi cmtu. so, nak tegaskan kat sini;
sayangilah organ-organ yg telah Allah pinjamkan.

that's all for now, (so sudden...??)
till then :)

Sunday, March 27, 2011

Kotor kasut.

harini entry kna mengena pasal hujan lg, nak buat mcmana, da mmg suka berhujan :)

haritu jalan basah lagi (hari yg sama dengan post sebelum ni). berlecak (lecah dlm bahasa bakunya). lecak mmg biasa kelihatan tatkala hari hujan, walaupun dalam hujan yang renyai sahaja(ayat sastera nih). itu lah realiti bila menetap di bumi Mesir. hujan jarang turun, cuma turun time musim sejuk je. jadi org Mesir tak pernah berlongkang. tu yg berlecak tu. ok sambung cerita.

haritu murah rezeki hujan la time kuliah tahun 3 abis. kami pn balik meredah hujan. sy mcm biasa lah, makin lebat hujan makin slow bjalan. sbb nak menikmati hujan dulu. kalo org tegur sbb jalan lambat, sy ttp buat muka cool je.

kemudian member sy kat depan pn mengeluh,

"abih la kasut aku, kena lecah"

balik je;
abis coklat-coklat, berpasir-pasir kasut. sy tenung kasut favorite sy tu. comot. nasib baik hitam colornya.
teringat 1 pepatah


وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا 
dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan perbuatan yang buruk. (al-Israa': 32)
 
 
bila lalu kawasan berlecak memanglah kita akan cuba mengelak, tapi mcmana kita cuba skalipun tetap akan tercalit jugak. mcm tu la jugak dgn zina. sbb tu lah nak menghampiri pun dilarang. kes nya sama lah macam lecak td.

rasa ingin bercintan & ingin dicintani tu biasalah. lumrah alam. tapi bila dilayan sgt tu yg kita mula terjebak di landasan mnuju ke zina. mula-mula texting je, tak puas, tak nmpak muka. jumpa pulak. tak puas lagikk. date pulakkk. tak puas lagikkkk. and so and so and so on.

walaupun niat asal cuma nak memenuhkan ruang di dlm hati, lma-lma boleh hanyut dek nafsu. di tambah dgn peranan syaitan dgn bisikan halusnya, bertambah cepatlah landasan tersebut sampai ke zina. ibarat lalu di sebelah lecak la. nak taknak mmg akan terpalit jugak.

sy pun pernah lalui zaman ni, jd sy paham sgt perasaan yg membuak-buak itu.

so,
tu je la nak share, alang-alang masih teringat. ni dah 2 kali post pasal cinta nih. haha
bg sesiapa yg dah mempunyai sape-sape, carilah jalan cepat untuk berumah tangga. sy mendoakn yg terbaik (walaupun dalam hati ade jealous). kalo yg belum mampu tu berengganglah dulu, insyaAllah kalo ade jodoh tak ke mana pun. rezeki Allah dah ditetapkan sebelum kita lahir lg.

so why so serious?

jgn cemari perasaan anda dgn nafsu.
that's all for now,
till next time :)

Friday, March 25, 2011

Sejuk. Hitam.

semalam ujan. lbeh kurang 4 kali jugak la. lebat tapi sekejap-sekejap je.
Harini memang sejuk lah (bagi sy). baru keluar tadi, jalan-jalan tak sampai 10 minit, rasa sesak dada. maybe sbb sy pn baru baik selsema. udara yg turun dari hidung, ke trachea, turun ke paru-paru. then rasa mcm brain freeze (sphenopalatine ganglion neuralgia). It was really annoying. but then sy terfikir, ni baru sejuk sikit, dah mcm tak sanggup nak ambik nafas. kalo udara panas ditambahkan dgn hawa panas, cmna pulak nanti?

kemudian sy terbayang. kalo udara panas ditambah dgn hawa panas tu dtg dari api, mustahil la dpt bnafas kn. wap yg amat panas membakar stiap laluan pernafasan tiap kali menyedut udara panas tu. ya Allah. mesti perit. (kebanyakan mangsa kebaran mati akibat menyedut udara panas yg memusnahkan paru-paru, selain mati akibat carbon monoxide poisoning)

kemudian sy terbayang api pulak. apekah akan jadi kalo api yg mengeluarkan wap & udara ini HITAM warnanya. yup, sy dah terbayangkn Neraka. apekah  mungkin sy dapat menyedut udara tu walaupun sekali? dengan panasnya, sesaknya, menyeksakan. kemungkinan besar dah jadi debu even sbelum mencubanya.

kemudian if, if only sy dpt menyedut untuk pertama kalinya, apekah yg sy dpt hidu? bau-bau darah & nanah yg menggelegak, bau daging yg dimamah api? adakah dgn menyedut udara itu, keperluan sy ntuk udara tercapai? adakah sy rela untuk menyedut udara itu buat ke-2 kalinya?

ya Allah, bergetar hati ni bila terfikir. kalo nak bernafas pn tak mmpu, apatah lg untuk melihat, jauh skali untuk berada di situ walau sedetik sekali pun. kan?

matahari yg berjarak 1.496×108 km dari bumi pn  
boleh membutakan mata kalo dilihat scara terus. 
ni kan pulak Neraka.
menakutkan. 
dan TAK MUSTAHIL.

tu je kot nak share kali ni. moga Allah sentiasa merahmati kita.
till next time :)


what do you see behind those eyes of yours?




Wednesday, March 23, 2011

Tepu.

dah lama tak rasa camni. lepas tu mcm biasa la, kalo letih sgt otak ni mula la nak ngisi blog..haha

sikit je agenda harini, tapi berturutan tanpa henti. kelas terakhir tadi, cuma bole pickup 20 minit pertama je, lepas tu otak pn overheat (rasa mcm nak tidur je, tapi tahankan je la. wktu asar ni). maybe sebab demam, maybe sebab sejuk. tapi yg pasti Allah nak turunkan ilmu takat tu je tadi. mintak-mintak la mlm ni dpt balik yg tcicir tadi.

then, after that, selepas itu, jadi benda yg tak disangka. overheat punya pasal, tak pasan 10 l.e ilang dari tangan, bukan sbb diragut, tapi tercicir tah kat mana (sideh...). 1st time dlm hidup tcicir duit (rasanya lah...) tp takpe la, bak kata mak.abah, rezeki dah sampai situ je. so 2 hari mmg takleh beli pape la. (sabar-sabar..)

tu je kot, doakan lah urusan belajar sy dpermudahkan. ilmu turun mcm coklat mencurah-curah ke ladang gandum. (*sengeh smpai dahi*) 
till then. :)
Ilmu = masterkey



p/s: tahniah kepada adik kesayanganku, Muhammad Uzaier Fitri bin Abdul Aziz, bjaya merangkul 8A 1B.
p/p/s: masih mengeksperimentasikan kamera Canon A3100 IS. seronok.

Sunday, March 20, 2011

Terpegun.

pagi tadi ade la lecture pathology 2 jam. Doctor yg mengajar punyalah mengajar dengan penuh perasaan, berbekalkan slide show Powerpoint yg dipancarkan dari LCD. 30 minit pun berlalu. sekali tiba-tiba current tergendala (betul ke bahasa melayu ni?). gelap 1 kelas. tapi doctor tu tak panic. relax je. dia sambung lg explanation dia macam takde papepun yg jadi.

dalam hati memang tergamam lah, sebab dia boleh explain bulat-bulat (almost la..) words by words yg ade kat dalam buku tu. pulak tu dia boleh berdiri 2 jam dgn hanya duduk rehat untuk 10 minit. timbul rasa rendah ya amat melihat kelakuan doctor tu. ya Allah, respectnya la pada doctor sorang ni. rasa nak sayang laju-laju je...hehehe

dalam usianya menjangkau 50 tahun plus plus, dia masih mempunyai ingatan yg kuat, badan yg kuat, suara pun mantap tanpa microphone. ternyata sy masih terlalu jauh untuk menjadi sepertinya. walaupun usia masih muda, kaki malas melangkah ke kuliah. mata meliar ke teksi-teksi. terasa 2 L.E tu ringan je dari poket seluar. bila tiba di lecture hall, bukan kena bercakap pun, cuma dengar je & maybe bersoal jawab sikit-sikit. tambah lagi duduk dalam kuliah, bukan berdiri mcm doctor. itu pun masih mengeluh tak sudah, "bilalah kuliah nak habis niii..". nampak sgt datang kuliah ni separuh hati je. malu betul diri ini. (jihad ilmu pn kecundang, macam mana pulak nak berjihad menegakkan Islam?)

ternyata masih mentah diri ini untuk menghadapi dunia kedewasaan. byk pengajaran lain yg saya dapat hari ini selain input-input yg telah doctor suapkan sepanjang hari.

bilalah nak matang ye...

kalo nak malas, jgn jadi orang, jadi kucing. (lepas sepah-sepah buku tido)

till next time.

p/s: atas ni nama dia Coco. dia ni unik. bulunya lebat & Malaysia pulak panas, maka telah mendapat ilham untuk tido meniarap dengan kaki melunjur ke belakang (seperti gambar di atas). saje nak promote. haha

Friday, March 18, 2011

A Fragment of Memory

Majlis Ramah Mesra bersama Menteri Pengajian Tinggi Malaysia (9 Mac 2011)

Lupa!


1st week rasanya mcm susah sgt nak lepas, sebab byk sangat bnda yg sy dah lupa. baru cuti 3 minggu, semua dah lupa. tulah memori manusia. 8MB semuanya. kalo tak diasah, dalam masa 3 hari je input boleh hilang. 3 hari pn dah hilang, kalau 3 minggu ape yg tinggal! (tersedu sedan)

alhamdulillah, lega ade cuti 2 hari. mudah-mudahan dapat la belek-belek semula. orang-orang U pn masih belum decide tarikh bermula exam final. (tarikh taktau, lagi cuak dibuatnya)

mudah-mudahan keadaan di Mesir terus stabil, sy taknak delay-delay lagi. (nanti makin byk yg lupa, cuma ingat nama sendiri je la nampaknya)

banyak peristiwa menarik berlaku sejak kejatuhan rejim Mubarak. Contohnya semalam, mmg terkejut lah bila nampak sorang brother ni buang sampah dalam tong sampah! masyaAllah. revolusi mereka bukan di awalan sahaja. masih berterusan sampai sekarang.

banyak poster-poster, risalah-risalah yg difoward-fowardkan. (ranap BI aku...) syukur melihat Ikhwanul Muslimin bergerak lebih bebas. (FYI, Ikhwanul Muslimin bukan terrorist ye, sepertimana yg diakui sesetengah manusia yg cetek akalnya). 

takde ape nak type lagi dah, just berharap moga Allah kekalkan keamanan ini.
ok, dah lama kot typing nih.
till next time :)
chillax.


p/s: dalam masa lebih kurang seminggu (11 Mac - 18 Mac), berlaku lebih kurang 564 gempa bumi pada skala 4.2-9 di Jepun. moga ape yg berlaku menjadi teladan kepada kita semua. Azab Allah itu dekat, cuma deria kita selalunya dihijabkan dgn nikmat dunia yg melalaikan.

Monday, March 7, 2011

2 rabiul thani 1432.

dah lama betul tak update blog ni. semakin hari semakin malas dibuatnya. jadi saje je nak post harini, bagi ade balik mood nak post kt sini...hehe. lagipn harini hari istimewa untuk saya & saudara-saudara yg seangkatan. 22 tahun lepas, kami lahir!

so sekarang ni dah 22 tahun la. tapi tak ramai yg sedar kot, sebab suma orang ingat dlm masihi je (suma??..bajet famous ah ni). tak kisah la, yg pasti harini istimewa untuk sy :)

ade baiknya ingat harijadi yg ni. at least sy selalu up to date dgn kalendar hijrah. tak mcm dulu (aish...).

haaa...sebelum terlupa, dulu ade orang request kat saya untuk cita pasal mesir. baiklah, dgn segala hormatnya menceritakan :)


Situasi semasa Mesir
  1. keadaan sekarang lebih stabil, pihak polis dah mengambil alih keadaan di mesir. cuma sekarang diorang tak tunjuk power ah, dah lembik dah. kalo dulu nak masuk bandar-bandar lain ade checkpoint. kemudian kena bayar, macam tol nak masuk bandar la. tapi sekarang, checkpoint tu macam takde je.
  2. volunteers (yang bawak kayu ramai-ramai tu) yang jaga street waktu darurat dulu sekarang dah takde dah.
  3. ekonomi dah beroperasi mcm biasa, topup pun dah kembali beroperasi. jadi takde la harga luar biasa mcm haritu. bank-bank pun dah boleh cucuk duit (rate Malaysia tgh tinggi skarang..cepat-cepat la kuar duet ye..haha)
  4. pihak tentera masih ade macam biasa, tapi berkurang sangat lah. pape pun, pihak tentera ni tak penah mengancam orang awam pun. dorang lagi baik dari polis :D
  5. segala papan tanda, poster, lukisan yang mengandungi imej bekas president Hosni Mubarak dah pun diturunkan. so, kt mana-mana tempat yang ade 'Mubarak' telah pun ditanggalkan termasuk stadium M****** di Mansoura University (tak dapat nak eja penuh, sebab orang dah cabut..haha)
  6. IM @ ikhwah muslimin sudah mampu beroperasi dengan lebih tenang, alhamdulillah. setakat ni dorang buat kempen kebersihan kt bandar-bandar serata Mesir. kalo dulu, siap ade mata-mata lagi, sape sebut pasal IM ni boleh masuk penjara. baru cakap je, kalo sokong sah-sah masuk penjara.
  7. orang-orang luar (selain rakyat Malaysia) sudah mula kembali ke Mesir. (haritu masuk immigration dgn orang Amerika, cikgu BI ngajar prasekolah kat Cairo. ramah orangnya, tapi kembang kempis idung la nak cakap BI..hahaha). immigration sesak dengan pelarian Libya.
  8. konfrontasi (muzaharat) masih berlaku sekali sekala (tiap Jumaat) kat Medan Tahrir, cuma untuk minta kenaikan gaji.
ok, tu je kot
till next time :)

p/s: kalo nak banding keadaan Mesir dengan Libya, keadaan kat Mesir dulu lagi elok dari Libya kot. even riot sana sini, takde la sampai bunuh-bunuh rakyat. kat Libya tu dah macam nak jadi Civil War je. kejam betul Gadaffi tu. moga Allah menjatuhkan diktator yang kejam, amiin.