Saturday, April 14, 2012

Quote of the day

cell cycle. myyyyyyyyy favourite.
how to live happy?

 do your best, even if the only road is filled with thorns,
be grateful with what you have, even if the only thing that u have is a penny.
let Allah settles the rest, cuz He's the best place to return to.

p/s: tingin nak join matruh tapiiiii..ade STAR. takpe lah. Mansoura pn best :D

p/p/s: on 2nd thought, cuak nak exam. takpelah tak join :P

Friday, April 13, 2012

Main takraw untuk pertama kali dalam hidup


bberapa hari yg lps sy mula berjinak-jinak dgn sukan baru.
takraw.

so far so good la. Alhamdulillah. sy takde la kaki bangku sgt rupanya. haha ( tp still tak minat bola sepak )
tp bengkak jgak la buku lali ni sbb tak pnah guna main bola, bola tu keras pn keras.
ni pn masih sakit. tak kisah la psl tu :P
syukur jela Allah masih pinjamkan kaki untuk merasa sakit.

tgh dok syok main tu, abis kasut. comot. bukan sbb debu, tp sbb tanah kt situ basah. taktau la ape pekerja stadium tu buat. siram rumput kot ( btw kt sini takde gelanggang takraw, so kami main atas rumput je la ). sy tak kisah pn kasut jd kotor. dah mmg rezeki sy nak pkai kasut bersih smpai smlm je. plus, mak sy salu pesan
"redha jela kalo barang hilang ke rosak ke, dah Allah bagi rezeki abang smpai kt situ je. nak buat mcm mana"
on 2nd thought, if basuh kasut ni nti jd putih la balik insyaAllah ( kalau rajin nak basuh laa~ ). then, tiba-tiba tpikir psl bnda lain. kalau kasut yg asalnya putih bila kotor, kalau dibasuh msti la putih balik kn?

so, mcm tu la jgak hati kn? asalnya putih. bila dikotorkn dgn dosa-dosa, kemudian dicuci dgn taubat msti putih balik kn? insyaAllah.

nape tiba-tiba masuk sini eh? sbbnya, spanjang beberapa tahun sy dok sini, byk la dgr kisah psl student-student kt sini nak berubah. dari yg kurang molek kepada yg lebih molek.

malangnya, ade la kwn-kwn sebaya @ yg lebih kurang sebaya lebih memandang kepada "kekotoran" yg lalu. it's quite a challenge la for that person untuk berubah. pnt-pnt dia cuci hati, org tetap pandang serong & dipulaukan pulak tu. padahal "kekotoran" tsebut dah dicuci dgn clorox. but still, org nmpk kotor.

hati kita ni fitrahnya putih, kotor mcmna sekali pn, kalau Allah bg hidayah, akan digilapnya jd putih bersih ( mcm kasut sy ni lah, kalau dibasuh, bersih semula ). jgn la sng-sng pandang serong kt org yg sungguh-sungguh nak berubah. mcm la kita ni dah confirm penghuni Jannah to judge people like that ( marah ni... ). silap-silap kita plak yg turn table. Nauzibillah.

so kesimpulannya, kalau ade kwn-kwn korg yg dulu mcm tak tntu hala tiba-tiba nak berubah, support la dorang. sama-sama la cuci hati. bukan sng nak cuci hati especially dunia akhir zaman ni.

secara puitisnya ( ngade la nii...hahaha )
selamatkanlah benih elok yang berdebu di sebalik benih-benih yang membusuk

okay, tu je kot.
till next time :)

p/s: nak masuk summer ni ramai yg sy dah reject. bukan sbb ramai yg ngorat. tapi sbb kaki tak bertutup. aurat kot. aish, susahnya nak cari calon..... :P hehehe

Friday, April 6, 2012

Kanan & Kiri

gambar ini adalah hiasan semata-mata ( hiasan di tgn sy )

semalam sy berbuat-buat rajin, konon nak cantikkn notice board dlm bilik. tgh potong-potong double side tape tu, tertarah 1 jari kiri...alhamdulillah ( sape suro pkai pisau steak buat potong tape )

lps tu mmg tak guna jari tu la bila bwat keje. elak sbaik mungkin. then gna tgn kanan lah mostly, till...tiba-tiba rasa sakit kt jari kanan.

rupanya ade luka jugak kt situ, sy sndiri lupa sbb jari kanan ni injured 2 hari sebelum tu. sbb jari kiri ni baru kena, sy lupa yg jari knn pn masih blum elok lagi.

pendek cita, cmni lah manusia. benda yg dekat-dekat selalu dikenang, benda yg jaoh makin lma makin jaoh, last-last lupa.

benda yg jaoh tu contohnya mcm hasanah @ pahala. Hasanah ni ganjaran yg jaoh, tak nmpk dpn mata till-lah kt atas neraca Mizan, baru la Allah tnjukkn.

kalo cmtu yg dekat ape? mestilah ganjaran @ upah @ penghargaan, pape je la yg sedap mata memandang. makin tinggi rasa diri tu lg bagus kn. padahal ape yg kita dapat tu suma bersifat temporary @ transient.

kalo duit upah tu contohnya, guna buat makan, jln-jln sana sini. abis. kn temporary tu. kenyang pn sekejap je. betul tak?

jadi, siapakah kita yg sebenarnya? mengejar yg dekat ke mengejar yg jaoh?

Rasulullah S.A.W bersabda,

“Barangsiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuannya, maka Allah akan memberikan kekayaan kepada hatinya, memudahkan urusannya dan dunia (yang hina ini) akan datang kepadanya (dengan sendirinya),

... dan barangsiapa yang menjadikan dunia sebagai tujuannya, maka Allah akan memberikan (rasa) fakir kepadanya, mempersulit urusannya dan dunia tidak akan mendatanginya kecuali apa yang sudah ditetapkan baginya. “

HR At-Tarmidzi

tu je kot untuk kali ni
till next time :)

p/s: dah byk kali dah kena pisau steak tu...tak serik-serik..hahaha ( dulu takut pisau, skang ni suma pisau nak guna )

Wednesday, April 4, 2012

Azan & Iqamah


saje nak share kt sini, rasa mcm dah lama tak share :)

Waktu-waktu yg afdhal utk berdoa:

  • Pada hujung waktu malam
  • Sewaktu azan sedang berkumandang
  • Antara azan dgn iqamah
  • Selepas selesai solat-solat fardu
  • Ketika Imam naik atas mimbar waktu solat Jumaat sehingga selesai solat
  • Saat-saat akhir waktu solat Asar pada hari Jumaat
  • Ketika hujan turun sama ada lebat @ tidak tidak lebat
  • Ketika sedang berperang dgn musuh Islam
  • Ketika sujud dalam solat
  • Ketika dizalimi
  • Sewaktu bermusafir ( dgn niat baik )
  • Ketika nak buka puasa

Tempat-tempat @ keadaan yg afdhal utk berdoa:

  • Ketika memandang Kaabah
  • Ketika melihat Masjid Rasulullah S.A.W
  • Ketika mengerjakan tawaf di Baitullah
  • Ketika berada di Multazam
  • Ketika berada di belakang makam Nabi Ibrahim a.s
  • Ketika berda di sisi sumur Zamzam
  • Ketika di atas Bukit Safa & Marwah
  • Ketika berada di atas Arafah, Mudzalifah & Mina
  • Ketika berada di sisi Jamarat, iaitu tempat melontar Jamrah yg Ula dan Wusta.
  • Ketika berada di masjid

(kalau salah tlg betulkn :) ) 

nape sy 'bold'kn point "Antara azan dengan iqamah" ? sy pn taktau ( gurau-gurau..hehehe ).

sbbnya sy prasan ramai yg tlepas waktu ni ( tmasuk sy skali la sng citer ), bukan sbb taktau, tapi sbb byk sgt "keje" yg dibuat sewaktu azan, till terlepas waktu yg limited ni. kalau "keje" yg bermanfaat takpe la jugak, tapi kalau "keje" yg lagho? ntah la labuuu~


sbb tu liat nak solat, sbb panggilan Ilahi pn kita buat derk je. bila dah hujung waktu, baru la pecut g solat.


ape yg kita buat eh time antara Azan & Iqamah?
Subuh: terbungkang atas katil, kalau musim sejuk lagi best.
Zuhur: study @ cari kedai makan @ memasak @ belum bangun lagi
Asar: kt padang, dah booking @ tidur petang @ layan drama/movie, lagi-lagi kalau hujung minggu
Maghrib: still kt padang, last round @ memasak
Isyak: makan mlm @ sambung tengok drama/movie


jadinya, pakat-pakat la pikir balik ye. diri kita ni mcmna. adakah doa kita cukup sempurna tanpa hijab? adakah doa kita dah cukup banyak?  adakah doa kita ni dah diterima? 

so, kita kna la kejar waktu-waktu special nih.
please make ourselves look appealing to Allah, so He can easily to see you :)


tu je kot utk kali ni, simple je :)
till next time.


Quote of the day


It's better to put yourself at bay from a friend,
than letting yourself being cursed by that "friend".
 It'll ruin you.


p/s: setiap tuturan tu doa. choose your friend wisely supaya dorang doakan yg baik-baik, bukannya maki-makian.