Saturday, March 31, 2012

50 piaster je...


kisah ni baru je jadi ( kisah konon... ), saje nak share :)

pada suatu hari,  lepas solat Jumaat ( so hari Jumaat la kn ) lepas settle suma, sy kuar masjid.

tah mcmna tah boleh dahaga pulak tghari tu, jd singgah la kedai runcit yg kebetulan bukak lps solat Jumaat. usually kedai-kedai kt sini 90% tutup pd hari Jumaat ( confident je 90% ). then tekak ni pulak ngade nak beli air gas. dlm poket ni ade sikit je at that time. toleh sana sini. belek sana sini. sy pn beli yg botol, konon bole jimat lama sikit la sbb kalau dlm tin mmg tak tahan lama.

then nak dipanjangkn cerita tak cukup 50 piastres. sy pn ckp kt ammu tu nak byr kemudian, lps Asar. ammu tu mcm biasa la, dah biasa nmpk kita, dia pn "meshi" je la.

jadi sy pn balik rumah, melangkah dgn riang rianya.

smpai je bilik, terus capai seteguk. lega. sy dah kuarkn siap-siap 50 piastres. takut lupa nnti. then, sambung study sikit sbb esoknya ade quiz round Commed.

lps 30 min. tiba-tiba tperasan. harini Jumaat. kedai runcit tu tutup lps Jumaat. salunya bukak esoknya. camna ni?

then lepas Asar gi kedai tu. mmg betul. kedai tu tutup. & sy masih berhutang 50 piastres. mula la rasa tak sdp hati sbb hutang tak dpt settle lagi. mcm-mcm dlm otak ni pikir.

"sempat ke aku nak bayar esok?"
"panjang lagi ke umur aku sampai esok?"
"kalau aku mati sebelum esok, camna nak byr hutang ni, bukan ade org tau aku beli air gas kt kedai ni"
"balik ni kena tampal sticky note la so kalau aku mati ade org tlg byrkn hutang ni"
"kt wallpaper pn kena tulis jugak so that org nampak"
& mcm-mcm lagi~

lps tu teringat pulak
sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:
“Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskannya maka tergantung-gantunglah ia di antara langit dan bumi, yang bererti terseksalah roh itu hingga dibiarkan hutangnya itu”
makin berdetak la jantung ni. ya Allah.

tp alhamdulillah, hari tu ammu tu nak bukak pulak kedai lepas Maghrib.  sy pn laju la singgah kedai tu. bayar 50 piastres tu. langsai. sng hati :)

so, kesimpulan kt sini.
  • jgn berhutang unless betul-betul urgent. kalau setakat nak pinjam duit untuk beli handset canggih tak perlu la kot. syukur la dgn ape yg ade. usaha sndiri kalau nak lebih.
  • anda dah bersedia dgn hitam putih mengenai status hutang anda. supaya kalau ditakdirkan anda tiada, ade orang settlekn hutang korang. takde la roh korg tersangkut celah-celah alam ni.
  • yg paling penting. elakkn berhutang. tulah yg terbaik.\
  • kalo tak mampu byr dlm waktu terdekat, mintak la dihalalkn awal-awal la ye.
tu je kot,
till next time :)

p/s: tak berbaloi la sbb 50 piastres roh tsangkut kan :D