Wednesday, April 4, 2012

Azan & Iqamah


saje nak share kt sini, rasa mcm dah lama tak share :)

Waktu-waktu yg afdhal utk berdoa:

  • Pada hujung waktu malam
  • Sewaktu azan sedang berkumandang
  • Antara azan dgn iqamah
  • Selepas selesai solat-solat fardu
  • Ketika Imam naik atas mimbar waktu solat Jumaat sehingga selesai solat
  • Saat-saat akhir waktu solat Asar pada hari Jumaat
  • Ketika hujan turun sama ada lebat @ tidak tidak lebat
  • Ketika sedang berperang dgn musuh Islam
  • Ketika sujud dalam solat
  • Ketika dizalimi
  • Sewaktu bermusafir ( dgn niat baik )
  • Ketika nak buka puasa

Tempat-tempat @ keadaan yg afdhal utk berdoa:

  • Ketika memandang Kaabah
  • Ketika melihat Masjid Rasulullah S.A.W
  • Ketika mengerjakan tawaf di Baitullah
  • Ketika berada di Multazam
  • Ketika berada di belakang makam Nabi Ibrahim a.s
  • Ketika berda di sisi sumur Zamzam
  • Ketika di atas Bukit Safa & Marwah
  • Ketika berada di atas Arafah, Mudzalifah & Mina
  • Ketika berada di sisi Jamarat, iaitu tempat melontar Jamrah yg Ula dan Wusta.
  • Ketika berada di masjid

(kalau salah tlg betulkn :) ) 

nape sy 'bold'kn point "Antara azan dengan iqamah" ? sy pn taktau ( gurau-gurau..hehehe ).

sbbnya sy prasan ramai yg tlepas waktu ni ( tmasuk sy skali la sng citer ), bukan sbb taktau, tapi sbb byk sgt "keje" yg dibuat sewaktu azan, till terlepas waktu yg limited ni. kalau "keje" yg bermanfaat takpe la jugak, tapi kalau "keje" yg lagho? ntah la labuuu~


sbb tu liat nak solat, sbb panggilan Ilahi pn kita buat derk je. bila dah hujung waktu, baru la pecut g solat.


ape yg kita buat eh time antara Azan & Iqamah?
Subuh: terbungkang atas katil, kalau musim sejuk lagi best.
Zuhur: study @ cari kedai makan @ memasak @ belum bangun lagi
Asar: kt padang, dah booking @ tidur petang @ layan drama/movie, lagi-lagi kalau hujung minggu
Maghrib: still kt padang, last round @ memasak
Isyak: makan mlm @ sambung tengok drama/movie


jadinya, pakat-pakat la pikir balik ye. diri kita ni mcmna. adakah doa kita cukup sempurna tanpa hijab? adakah doa kita dah cukup banyak?  adakah doa kita ni dah diterima? 

so, kita kna la kejar waktu-waktu special nih.
please make ourselves look appealing to Allah, so He can easily to see you :)


tu je kot utk kali ni, simple je :)
till next time.