Sunday, April 10, 2011

the new narcotic.

FYI senang sgt nak dapatkan drug ni. bukan setakat over the counter, pengedar pulak cukup ramai, tak terbilang dgn jari. yg paling hebat skali tak perlu dimakan, cuma perlu dilihat shj.

itulah dia Korean tv series.

rata-rata Korean tv series telah mendominasi student-student Malaysia. tu yg sampai nak greet pun dah jadi sarang-hai (taktau la assalamualaikum dah ke mana...). ceritera dia mmg bagus (i think..) tapi alhamdulillah la sy tak ter-addict dgn cerita-cerita Korea ni, kalau syok pn mmg tengok sekejap je supaya tak lekat.

nape ye ceritera dorang ni boleh buat budak-budak addicted? antara sebabnya (bukan rekaan sendiri ni, sbb sy tak tgk Korea, penat selongkar internet):
  • memaparkan kisah hidup seseorang, yg sememangnya tak dialami oleh audience (contoh: si miskin, orang gaji, etc.).
  • each episode akan ade cliffhanger, meaning kalau nak tau mmg kena tgk episode depan la.
  • storyline yg mmpu mmbuat audience menyelami plot (yg selalunya berkisar tntang kehidupan) & beremosi brsama character yg menjadi tumpuan (feeling empathy).
  • conflict yg dtg tiba-tiba, so main character mengalami kejatuhan mendadak. membuatkan audience ternanti-nanti kenaikannya semula.
jadi, tulah antara reasons yg menyebabkan drama Korea sering di-download-download (betul tak?).
nak tau korang addicted to Korean drama @ tak, jawab soalan di bawah:

ha, mcm mana? addict ke tak? (tepuk dada, tanya hati). pape pn nak cakap kt sini, sy bukan nak salahkan peminat, sebab hiburan tu tak salah bila tak keterlaluan. cuma yg salahnya bila student-student ni dah menyalahletakkan (ambik sebijik bahasa pasar tani) priority menonton drama ni lebih dari tanggungjawab mereka.

sebagai contoh, sampel sy dari Nepal. study cukup mantap dah, mmg orang cakap mumtaz dalam tangan lah insyaAllah. then abis study je tgk Korea sampai lewat pagi. yela, byk cliffhanger kan, mana boleh tengok 1 episod je. penyudahnya Subuh ke mana? haaa..taktaulah lepas Subuh dinosaur ade subuh ape lagi.

contoh ke 2, sampel sy dari Congo. yg ni ok sikit. study ok. solat on time. tapi masalahnya, cerita Korea ni 1 jam cukup. mestilah kadang-kadang tu time tengah syok tangkap leleh, berkumandang azan. ok pause dulu, nak gi solat. cuba fikir, agak-agak dlm solat tu boleh khusyuk tak? ke terbayang-bayang ape nak jadi seterusnya? sedangkan waktu biasa pun susah nak khusyuk, ni kan pulak baru lepas layan Korea. haaa...nampak kan.

byk lagi lah sampel-sampel sy, cumanya sy tunjuk sikit kt sini supaya kita boleh nampak clear lagi mengenai hal ni. ni lah yg sy cakapkan tadi; priority yg disalahletakkan (bahasa pasar tani lagi). masalahnya bukan tanggungjawab belajar yg diabaikan, tapi tanggungjawab kepada Allah. 

al maklumlah, study ni boleh nampak ganjaran & matlamat dia depan mata; Maqbul, Mumtaz, A+, 3.50, etc. tapi adakah priority kita lebih besar nilainya berbanding priority kita kepada Allah? yg ni tepuk dada sampai senak, tanya iman yg senipis kulit bawang tu (ingat lagi kulit bawang yg disiat before kita tengok bawah microscope waktu sekolah menengah dulu?).

jangan disebabkan drama Korea, Allah murka kat kita sebab meremehkan perintahNya. pandai-pandailah. berhibur tu berhibur jugak, tapi jangan lupa tugas kita sebagai sorang hamba
dunia ni bukan tempat untuk berhibur, tapi tempat untuk melabur. 
Sudahkah Anda Melabur di Skim Akhirat Anda?

ok, 
till next time :)

p/s: lokasi asal sampel terpaksa disembunyikan, cukuplah kalau tau kisahnya kan? :)