Sunday, May 1, 2011

Khas Untuk Batch.


Assalamualaikum.

sy sebenarnya dah lama berniat nak tulis pasal ni, cuma tak jugak rajin-rajin nak mengarang. sy rasa better pakai blog sendiri untuk tulis ni dari guna blog batch (alang-alang dah ade blog sendiri kan).

sebenarnya post kali ni ialah untuk menghargai korang semua yg dah melengkapkan bait-bait dlm diri ni, seterusnya mematangkan lagi sy. terima kasih byk-byk kepada semua yg telah berinteraksi dgn sy selama sy menjadi wakil kuliah, baik secara langsung mahupun tak langsung (via shoutmix dan sebagainya). biarpun ape yg anda comment tu kadang-kadang nampak mcm kasar, tapi sy tak pernah marah. sy terima semuanya. terima kasih kerana berterus terang. cumanya sy mintak maaf tak dpt penuhi permintaan sebahagian dari korang tu, bukan sbb sy tak mahu, tapi sy sendiri kadang-kadang terlepas pandang.

seterusnya, sy nak meminta maaf atas kelemahan sy dlm menjaga hal ehwal korang. sy perasan, sy tak dapat menggerakkan AJK subjek sepertimana ketua batch yg lepas yg sy rasa lebih mantap la dari sy ni. diharap korang takde memendam rasa kat cik Vice, bendahari & AJK-AJK. maafkan sy kerana kurang tegas, kurang disiplin dlm menjalankn tugas; sehingga ade yg terbabas dari medan perjuangan ni, sampai ade yg tak bukak buku sbb kelemahan sy ni. maafkn sy jika korang rasa sy dah menzalimi korang. maafkan sy.

juga, sy nak minta maaf if waktu sy buat pengumuman @ post kt blog batch, ade yg tak dengar @ ade maklumat yg tertinggal @ ade yg terpesong dari maklumat asal. maafkn sy kalau maklumat yg sy cuba dapatkn masih tak memuaskan korang. maafkn sy. mungkin cobaan sy bukan cobaan yg terbaik untuk korang.

akhir kata, terlalu byk lah kelemahan sy sepanjang 2 sesi kuliah ni. anda lebih tau. bermakna sy pun masih belum cukup matang untuk handle sesuatu yg lebih besar dari ni (termasuklah berumah tangga). jadi sy mintak maaf skali lagi. moga anda maafkn sy & doakn kita suma akan berjaya insyaAllah. terima kasih kerna telah menjadi batch yg tersempoi.

sekian,
moga bertemu lagi di tahun depan :)

p/s: pilihlah ketua batch yg lebih berwibawa thn depan :)

Tuesday, April 19, 2011

comma.

schedule dah dapat. group pun dah tau. cuma menanti masa je untuk amik exam. masing-masing sibuk mmpersiapkan diri termasuklah sy (tapi sy ni banyak rilex lagi).

then, kalo bukak fb pulak penuh dgn post-post pasal kahwin-kahwin, cinta-cinta, tak kira la ceramah ke text ke ape ke, mesti tak lari jauh dari tu. rasanya dah mcm wabak dah tiap kali exam je jadi mcm ni. dlm hati pn bergelora je, sibuk nak cari pasangan. alhamdulillah tahun ni sy tak mcm tu (kantoi tahun-tahun lepas mcm tu).

tu la, ingat nak berhenti berbloglah untuk sementara waktu. sbb otak manusia bukan boleh focus more than 1 job with the same power of concentration (ditulis setelah membelek-rujuk nota psychology tahun lepas). sbb tu lah dlm solat takleh pikir perkara lain, sama la reason dia. kalau pikir benda luar solat, mcmana nak khusyuk dlm solat? mcmana nak ingat kt Allah?. mesej di sini. FOCUS.


doakan kami.
sekian,
till next time (lepas exam) :)

Sunday, April 17, 2011

Summer.

the summer have just arrived (rasanya..), sudden change of the airflow mmg mengejutkanlah, sbb temperature tak naik gradually mcm tahun-tahun sebelum ni. insyaAllah lama-lama nanti ok la. Malaysia pun panas jugak. tak sabar rasanya nak tunggu buah kegemaran musim panas.

as written in Quran:
Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan ia tersimpan di bumi dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya. Kemudian, Kami tumbuhkan untuk kamu dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (berbagai jenis lagi) buah-buahan yang banyak dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.
(al-Mu'minuun: 18-19)

so musim panas pn musim yg menarik. ramai yg makin aktif, tak kurang juga yg mengeluh. pape pun sy suka je sebab dah tak perlu berpantang benda sejuk. alhamdulillah. tapi ade benda yg bermain di fikiran & sy nak share di sini.

food for thought,
kalau panas dunia ade ice cream, kalau panas akhirat?


pendek je,
sekian untuk kali ni,
till next time :)

Friday, April 15, 2011

Good.

semalam result untuk permohonan pinjaman JPA pun dah keluar. sy lah antara org yg berpusu-pusu menyelongkar laman web JPA tu (mcm nak masuk dewan je).

mcm tahun-tahun yg lepas,
masih gagal.

tahniah lah bagi yg dah dapat. alhamdulillah. sy tumpang gembira (nanti belanja makan ye..hehe). at same time sy tak sedih pun, rilex sudeyh. bukan rezeki sy waktu ni. tiap org Allah dah tetapkan rezekinya sejak dlm alam rahim lagi. so sbb tu tak perlu susah-susah hati kn? even kalau amik sepinggan nasik pun, kalau tak trtulis nama kt salah sebutir nasik tu, maka mmg kita takkan mkn la nasik yg sebutir tu; jatuh ke dihurung semut ke. tp ini tak bermakna rezeki akan datang bergolek je. usaha tetap perlu usaha. sebab

.....Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (ar-Ra'd: 11)

still a lot of things to be accomplished. jihad as a student mesti diteruskan. moga korang yg senasib dgn sy tak putus asa. be strong guys :)

till then :D

Wednesday, April 13, 2011

Miracle worker.


sy mmg tak jangka sakit sy blarutan smpai harini, mudahan-mudahan dosa yg ber-bundle-bundle tu dpt dikurangkan insyaAllah.

2 hari lepas beli ubat lg, guna perscription sendiri (dah belajar pharma kn, experiment la sikit), mcm minggu lepas. time tu mmg batuk teruk sgt lah, nak cakap pn susah. nak belajar, lagi susah

on the way balik tu, sy tengok kuat-kuat ubat tu (ade ke tengok kuat-kuat?), dlm hati bermonolog sendirian,

"dah ade antibiotic ni. moga Allah sembuhkan. amiin"

teringat waktu kecik-kecik dulu. bila mkn ubat je confident baik cepat, yakin sangat dgn ubat & doctor kat klinik. kawan-kawan pn 1 kepala jugak, pantang sua ubat, mulalah promote mcm nak direct selling pn ade, 

"ko makanlah ubat ni, mesti boleh kasi baik punya sakit ko. harini makan, biaselah ngantuk-ngantuk sikit. tapi esok mesti boleh jalan punya. wa talak tipu". 

padahal drugs tak mampu buat pape & doctor-doctor pun bukan miracle workers, bukan ahli magic. semuanya dari Allah. even the best doctor pn terpinga-pinga nak bagi ubat batuk & ubat selsema kalau Allah tak berkata 
"Jadilah!"

ape yg silap kt diri sy dulu is how I put my faith. once nampak sesuatu yg berkesan & dapat memudahkn hidup, mmg terus percaya kt alat-alat tu; dapur, kipas, handphone, pisau, pensel picit & mcm-mcm lg. kalau sebut alhamdulillah pun, sbb dah jd kebiasaan mulut je, telinga antara dengar tak dengar je. nasib baik tersedar, kalau tak sampai bila pn taktau lah.

sy rsa masalah ni bukan ade kt situ je, tapi dlm byk hal especially when it comes to deal with life & death. as we all know, life is precious, sbb tu lah ramai org meletakkan harapan melangit kt doctor & khidmatnya. tapi once doctor yg dijulang-julang tu gagal, mulalah frust tak tentu pasal, marah-marah etc. sbbnya salah patient tu sendiri jugak yg meletakkan faith kt doctor tu @ boleh jd jugak salah doctor yg trlalu memberikan harapan. sepatutnya whatever we do, our faith is to Allah. so barulah what happens next, kita boleh redha @ bersyukur.

sy sendiri pn taktau pasal sakit sy walaupun badan sy sendiri, so tak mustahil bagi sorang doctor yg men-diagnose akan melakukan kesilapan. memang betul pengalaman sy masih cetek & masih mentah, & memang betul experience is the best teacher, but doctor is still a normal human being, making mistakes is normal. kelebihan mereka dari orang lain is just ilmu mengenai tubuh manusia & drugs.

peranan doctor cuma salah 1 ikhtiar kita untuk menjaga kesihatan kita, mcm ikhtiar kita bila mkn ubat-ubat traditional macam madu, halia, pucuk jambu & sebagainya. yg lain kita serahkan pada Allah.

take care of our faith in whatever we do, bukan setakat ubat & doctor je; makan, minum, tidur, study, exam, kerja, exercise, mandi, berjalan, berlari. it's hard, but it's not impossible. kalau untuk cinta kita sanggup melakukan pape kn? kita cinta Allah kn? buktikan. so, jangan bergantung kepada makhluk sbb semuanya dari Allah.

ok guys,
till next time :)