entah ape tah yang syok sangat ayat tu baginya. bukan setakat terngiang2 di petang itu, time nak tido pun masih teringat lagi kepelatan baba melafazkan kata-kata keramatnya itu. mungkin baba ni terpengaruh dengan anak perempuannya (baru semalam tau yang baba ni ade anak perempuan; student taun 5 perubatan MU..padahal dah sewa umah dia dekat 1 taun).
petang itu baba amat peramah (bukan petang tu je, sepanjang pengenalan kami dengannya dia memang ramah pun..alhamdulillah..;) )..sory la takde gambar sebab tak bawak kamera mcm sesetengah orang tu~
hahaha..
semalam dengan izinNya, dapat bermesra dengan baba banyak kali...
pagi tu complain kt baba, kepala pili paip rosak..eh kepala paip pili rosak..um..bedal je la,
bersempena dengan hari kerosakan tu ialah ari jumaat di mana takde kedai yang bukak, lebih-lebih lagi kedai
kebetulan pagi tu dia nak ke kedai aish (roti arab)..pabila aku dengar je rentak langkahnya turun ke bawah, aku pn cekup dia. tu la permulaan hari mesra kami.
petang tu macam-macam kami sembang, petang tu baru la kenal sape orang tua ni sebenarnya..mula-mula nak masuk dulu je 'cengey', sekarang ni memang terbaek alhamdulillah..(dalam ati berdoa-doa moga sewa takan naik smpai bila-bila)
dalam banyak isu yang kami bincangkan, saya pun tanya la pasal pencuri..ingatkan area yang busy dan densely populated (Syari' Aqal je pun) ni takde la orang ambik kesempatan, rupanya ade jugak. baba sudah kehilangan 2 dapur gas yang diletakkan di loteng rumahnya (tengok, kuat tak kuat depa ni) tapi muka baba rilex je, tak tensen pun barang dia kena curik. dalam ati ni penuh rasa respect melihat baba yg betul-betul redah dan redha dgn takdirnya (dengan harapan aku pun mampu begitu kelak..)
terkejut dengan kes kecurian itu, timbul rasa bersyukur umah ni tak dipecah masuk. kalo digodek-godek pintu ni mau terbukak jugak..huuu~
mungkin berkat petua mak untuk membaca ayat 9 dari surah Yasiin, dan pesan ustaz untuk memulakan setiap sesuatu dengan bismillah (bukan dalam waktu sukar je ye ;) ), maka ati pencuri tu tak terbukak untuk menjengah ke mari.
sambil-sambil tu kedengaran macam-macam lafaz memuji Ilahi darinya, sehingga la gate baru tu siap..
hehehe..itulah baba kami Gabbar Mohamed Gabbar, landlord condo ni..
p/s: pengalaman tak ternilai semalam, jadi penolong pomen..kena sambung wayar dari umah, naked wire plak tu, baru nak cucuk dlm socket dah mencurah-curah adrenalin. mujur tak kena shock