Sunday, March 27, 2011

Kotor kasut.

harini entry kna mengena pasal hujan lg, nak buat mcmana, da mmg suka berhujan :)

haritu jalan basah lagi (hari yg sama dengan post sebelum ni). berlecak (lecah dlm bahasa bakunya). lecak mmg biasa kelihatan tatkala hari hujan, walaupun dalam hujan yang renyai sahaja(ayat sastera nih). itu lah realiti bila menetap di bumi Mesir. hujan jarang turun, cuma turun time musim sejuk je. jadi org Mesir tak pernah berlongkang. tu yg berlecak tu. ok sambung cerita.

haritu murah rezeki hujan la time kuliah tahun 3 abis. kami pn balik meredah hujan. sy mcm biasa lah, makin lebat hujan makin slow bjalan. sbb nak menikmati hujan dulu. kalo org tegur sbb jalan lambat, sy ttp buat muka cool je.

kemudian member sy kat depan pn mengeluh,

"abih la kasut aku, kena lecah"

balik je;
abis coklat-coklat, berpasir-pasir kasut. sy tenung kasut favorite sy tu. comot. nasib baik hitam colornya.
teringat 1 pepatah


وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا 
dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan perbuatan yang buruk. (al-Israa': 32)
 
 
bila lalu kawasan berlecak memanglah kita akan cuba mengelak, tapi mcmana kita cuba skalipun tetap akan tercalit jugak. mcm tu la jugak dgn zina. sbb tu lah nak menghampiri pun dilarang. kes nya sama lah macam lecak td.

rasa ingin bercintan & ingin dicintani tu biasalah. lumrah alam. tapi bila dilayan sgt tu yg kita mula terjebak di landasan mnuju ke zina. mula-mula texting je, tak puas, tak nmpak muka. jumpa pulak. tak puas lagikk. date pulakkk. tak puas lagikkkk. and so and so and so on.

walaupun niat asal cuma nak memenuhkan ruang di dlm hati, lma-lma boleh hanyut dek nafsu. di tambah dgn peranan syaitan dgn bisikan halusnya, bertambah cepatlah landasan tersebut sampai ke zina. ibarat lalu di sebelah lecak la. nak taknak mmg akan terpalit jugak.

sy pun pernah lalui zaman ni, jd sy paham sgt perasaan yg membuak-buak itu.

so,
tu je la nak share, alang-alang masih teringat. ni dah 2 kali post pasal cinta nih. haha
bg sesiapa yg dah mempunyai sape-sape, carilah jalan cepat untuk berumah tangga. sy mendoakn yg terbaik (walaupun dalam hati ade jealous). kalo yg belum mampu tu berengganglah dulu, insyaAllah kalo ade jodoh tak ke mana pun. rezeki Allah dah ditetapkan sebelum kita lahir lg.

so why so serious?

jgn cemari perasaan anda dgn nafsu.
that's all for now,
till next time :)