Monday, March 7, 2011

2 rabiul thani 1432.

dah lama betul tak update blog ni. semakin hari semakin malas dibuatnya. jadi saje je nak post harini, bagi ade balik mood nak post kt sini...hehe. lagipn harini hari istimewa untuk saya & saudara-saudara yg seangkatan. 22 tahun lepas, kami lahir!

so sekarang ni dah 22 tahun la. tapi tak ramai yg sedar kot, sebab suma orang ingat dlm masihi je (suma??..bajet famous ah ni). tak kisah la, yg pasti harini istimewa untuk sy :)

ade baiknya ingat harijadi yg ni. at least sy selalu up to date dgn kalendar hijrah. tak mcm dulu (aish...).

haaa...sebelum terlupa, dulu ade orang request kat saya untuk cita pasal mesir. baiklah, dgn segala hormatnya menceritakan :)


Situasi semasa Mesir
  1. keadaan sekarang lebih stabil, pihak polis dah mengambil alih keadaan di mesir. cuma sekarang diorang tak tunjuk power ah, dah lembik dah. kalo dulu nak masuk bandar-bandar lain ade checkpoint. kemudian kena bayar, macam tol nak masuk bandar la. tapi sekarang, checkpoint tu macam takde je.
  2. volunteers (yang bawak kayu ramai-ramai tu) yang jaga street waktu darurat dulu sekarang dah takde dah.
  3. ekonomi dah beroperasi mcm biasa, topup pun dah kembali beroperasi. jadi takde la harga luar biasa mcm haritu. bank-bank pun dah boleh cucuk duit (rate Malaysia tgh tinggi skarang..cepat-cepat la kuar duet ye..haha)
  4. pihak tentera masih ade macam biasa, tapi berkurang sangat lah. pape pun, pihak tentera ni tak penah mengancam orang awam pun. dorang lagi baik dari polis :D
  5. segala papan tanda, poster, lukisan yang mengandungi imej bekas president Hosni Mubarak dah pun diturunkan. so, kt mana-mana tempat yang ade 'Mubarak' telah pun ditanggalkan termasuk stadium M****** di Mansoura University (tak dapat nak eja penuh, sebab orang dah cabut..haha)
  6. IM @ ikhwah muslimin sudah mampu beroperasi dengan lebih tenang, alhamdulillah. setakat ni dorang buat kempen kebersihan kt bandar-bandar serata Mesir. kalo dulu, siap ade mata-mata lagi, sape sebut pasal IM ni boleh masuk penjara. baru cakap je, kalo sokong sah-sah masuk penjara.
  7. orang-orang luar (selain rakyat Malaysia) sudah mula kembali ke Mesir. (haritu masuk immigration dgn orang Amerika, cikgu BI ngajar prasekolah kat Cairo. ramah orangnya, tapi kembang kempis idung la nak cakap BI..hahaha). immigration sesak dengan pelarian Libya.
  8. konfrontasi (muzaharat) masih berlaku sekali sekala (tiap Jumaat) kat Medan Tahrir, cuma untuk minta kenaikan gaji.
ok, tu je kot
till next time :)

p/s: kalo nak banding keadaan Mesir dengan Libya, keadaan kat Mesir dulu lagi elok dari Libya kot. even riot sana sini, takde la sampai bunuh-bunuh rakyat. kat Libya tu dah macam nak jadi Civil War je. kejam betul Gadaffi tu. moga Allah menjatuhkan diktator yang kejam, amiin.