Friday, March 18, 2011

Lupa!


1st week rasanya mcm susah sgt nak lepas, sebab byk sangat bnda yg sy dah lupa. baru cuti 3 minggu, semua dah lupa. tulah memori manusia. 8MB semuanya. kalo tak diasah, dalam masa 3 hari je input boleh hilang. 3 hari pn dah hilang, kalau 3 minggu ape yg tinggal! (tersedu sedan)

alhamdulillah, lega ade cuti 2 hari. mudah-mudahan dapat la belek-belek semula. orang-orang U pn masih belum decide tarikh bermula exam final. (tarikh taktau, lagi cuak dibuatnya)

mudah-mudahan keadaan di Mesir terus stabil, sy taknak delay-delay lagi. (nanti makin byk yg lupa, cuma ingat nama sendiri je la nampaknya)

banyak peristiwa menarik berlaku sejak kejatuhan rejim Mubarak. Contohnya semalam, mmg terkejut lah bila nampak sorang brother ni buang sampah dalam tong sampah! masyaAllah. revolusi mereka bukan di awalan sahaja. masih berterusan sampai sekarang.

banyak poster-poster, risalah-risalah yg difoward-fowardkan. (ranap BI aku...) syukur melihat Ikhwanul Muslimin bergerak lebih bebas. (FYI, Ikhwanul Muslimin bukan terrorist ye, sepertimana yg diakui sesetengah manusia yg cetek akalnya). 

takde ape nak type lagi dah, just berharap moga Allah kekalkan keamanan ini.
ok, dah lama kot typing nih.
till next time :)
chillax.


p/s: dalam masa lebih kurang seminggu (11 Mac - 18 Mac), berlaku lebih kurang 564 gempa bumi pada skala 4.2-9 di Jepun. moga ape yg berlaku menjadi teladan kepada kita semua. Azab Allah itu dekat, cuma deria kita selalunya dihijabkan dgn nikmat dunia yg melalaikan.